Mira Filzah Beli Cincin Untuk Diri Sendiri

Posted on

Pastinya impian buat setiap wanita menerima sebentuk cincin dari seseorang yang istimewa, sama seperti Mira Filzah. Kongsi Mira, dalam banyak perhiasan, beliau paling impikan untuk memiliki sebentuk cincin.

Menerusi posting Instagram, Mira berkongsi gambar sebentuk cincin idamannya. Menurut Mira, pastinya beliau mengharapkan cincin itu diberikan oleh insan teristimewa yang akan dipakainya setiap hati.

“Setiap kali Mira keluar, mesti tengok cincin cincin yg cantik. Mula lah dalam hati terdetik, nak beli ke tak. Nak. Nak ada satu! Tapi tak nak beli sendiri. It’s not that I can’t afford it, I just want it to be special,” tulisnya

Bagaimanapun Mira memutuskan untuk membelinya sendiri sebagai hadiah tahun baru buat dirinya sendiri. Tulis Mira lagi, cincin itu sebagai pemangkin semangat buatnya untuk terus bekerja keras pada tahun 2019.

Boleh dikatakan Mira antara selebriti wanita yang sangat kuat bekerja dan berusaha tanpa mengaitkan diri dengan gosip liar yang tak berguna. Semoga tahun baru ini berikan rezeki yang lebih berganda buat Mira!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.