Baru-baru ini, Tweet yang dimuat naik oleh Sufian Suhaimi mengenai tahun 2019 merupakan Tahun Babi dalam kalendar Cina menjadi perhatian dan rata-rata netizen beranggapan status itu seperti ada kaitan dengan bekas tunangnya.
Bagaimanapun, Sufian menafikan bahawa Tweet tersebut ditujukan kepada bekas tunangnya, sebaliknya buat netizen yang tidak berhenti mengaitkan dirinya dengan Elfira Loy meskipun pelakon itu sudah pun mendirikan rumah tangga.
“Saya sudah lama ‘moved on’. Dia pun sudah bertemu bahagia. Jadi, tak perlulah nak ungkit lagi kisah lama. Tapi biasalah netizen ini terus-terusan menguji diri saya. Ada yang tagged saya di Instagram, contohnya, sambil memberi komen bukan-bukan.
“Antaranya, ada yang bertanya apakah saya tidak sedih apabila bekas tunang sudah berkahwin. Ada juga yang mahu tahu apa perasaan saya apabila dia sudah bernikah dan bermacam-macam lagi.
“Saya rasa tak perlulah jadi begitu… Kenapa hendak kaitkan saya lagi dengan dia? Sebab itulah saya ‘bahasakan’ netizen dengan status di Twitter,” katanya.
Siapa tak bengang kalau asyik dikaitkan dengan kisah masa lalu lebih-lebih lagi kisah cinta yang tidak kesampaian. Kalau ikutkan netizen sebenarnya yang masih belum move on.
sumber : rotikaya