Umum mengetahui sebelum ini Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal.
Putera sulungnya itu baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 10 tahun, Nora Danish menerusi Instagram meluahkan isi hatinya dan mengimbau kembali suka duka serta saat-saat sukar ketika mengandungkan Rayqal tanpa seorang suami disisi.
Nora turut berkongsi cerita dia sangat lemah ketika mengandungkan Rayqal, menangis setiap hari dan seperti hilang arah. Namun, kehadiran Rayqal memberi sinar baru dalam hidupnya dan membuatkan dia lebih kuat.
Dalam pada itu, Nora turut memberitahu dia dan Jejai akan tetap menjadi sahabat baik kerana mereka tahu apa yang terbaik buat diri masing-masing dan hubungan dengan bekas mertuanya tidak akan terputus.
Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan pasangan itu sah bercerai talak ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan.
sumber : beautifulnara