“Sakit Saya Terlalu Peribadi Untuk Dikongsikan”
Bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 33) nanti, Sufian Suhaimi mengakui sedang mengalami masalah kesihatan. Bagaimanapun katanya ianya terlalu bersifat peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Saya mengaku tidak sihat sekarang ini. Justeru, saya meminta orang ramai mendoakan kesihatan saya kembali pulih, terutama apabila bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal Februari nanti”
“Apa yang saya lalui ketika ini bersifat terlalu peribadi. Jadi, apa yang boleh dikongsikan, sekarang saya tidak sihat sepenuhnya. Saya kini dalam proses pemulihan. Pada masa sama, saya bersenam untuk menambah baik stamina”
Pun begitu, Sufian menegaskan keadaan kesihantannya kini tiada kena mengena dengan berita pernikahan bekas tunangnya, Elfira Loy baru-baru ini. Pada masa sama, Sufian turut memohon doa peminat buatnya.
“Saya terkejut kerana sehingga hari ini, masih ramai yang mengaitkan saya dengannya. Bukanlah rimas kerana saya sendiri tidak terkesan dengan semua itu. Cuma, saya tak mahu ia membuatkan mana-mana pihak terasa,” jelasnya.
Semoga Sufian diberi kesembuhan yang cepat untuk bertanding di AJL tidak lama lagi. Kami percaya ramai menyokong perjalanan karier Sufian dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.