Kelantan anugerahkan Daie Nusantara pada Ustaz Abdul Somad

Posted on

Kerajaan Kelantan akan menganugerahkan gelaran Daie Nusantara kepada pendakwah terkenal Indonesia, Abdul Somad.

Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata pendakwah kegemaran ramai itu akan berada di Kota Bharu, Kelantan pada 15 Februari depan sempena Hari Murabbi Ummah yang bermula pada 14 Februari.

Menurut beliau, program tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, manakala Abdul Somad dijadualkan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Tegakkan Islam di Akhir Zaman’.

“Pada malam itu juga kerajaan negeri akan menganugerahkannya sebagai Daie Nusantara sebagai menghargai jasa dan sumbangannya dalam bidang dakwah,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily, hari ini.

Abdul Somad merupakan pendakwah bebas yang giat menjalankan aktiviti ceramah berkaitan hal ehwal agama Islam khususnya di Indonesia.

Beliau terkenal dengan cara penyampaian kuliah agama yang tegas, dan lantang tetapi turut menyelitkan unsur humor dalam ceramahnya.

Abdul Somad mempunyai pengaruh ramai dan setiap ceramah akan diisi dengan ribuan penonton.

Sementera itu pada program tersebut, turut dijadualkan memberikan kuliah adalah pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani dengan tajuk ‘Hidup Selepas Mati’.

Selain itu, pengajur turut menampilkan penceramah terkenal tempatan iaitu Azhar Idrus.

sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.