KUALA LUMPUR, 15 Jan — Walau mendakwa didera dan diculik putera Kelatan Tengku Muhammad Fakhry Petra, Manohara Odelia Pinot percaya pengalaman dirinya tidak menggambarkan kehidupan raja Melayu di Malaysia.
Susulan peletakan jawatan bekas abang iparnya Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong, model Indonesia berkata kejadian itu banyak membentuk kehidupan dirinya hingga terjun dalam politik.
“Raja-raja seperti orang biasa juga, ada yang baik, ada yang buruk… Hanya kerana saya ada pengalaman pahit dengan seseorang tidak bermakna semuanya seperti itu,” katanya.
Diwawancara Singapura Straits Times, Manohara, kini aktivis kemanusiaan dan hidupan liar, mahu lebih bersikap positif dan saling menolong sejak insiden yang menimpanya.
“Ia telah berlalu. Saya percaya setiap yang berlaku ada sebabnya. Ia membentuk diri saya menjadi seperti hari ini,” kata bakal calon Parti Nasional Demokrat (NasDem) bagi Surabaya.
Manohara berkata keputusannya aktif dalam politik diinspirasi oleh bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja atau Ahok. NasDem menyokong penyandang calon Presiden Joko Widodo.
Pada 2009, Manohara melalui kenyataan ibunya Daisy Fajarina mendakwa Tengku Muhammad Fakhry Petra menderanya ketika mereka masih dalam perkahwinan.Namun, sumber-sumber kerabat diraja Kelantan dan kenalan putera Sultan Kelantan sering menafikan dakwaan penderaan seperti tuduhan ibu Manohara Odelia.Manohara kemudian melarikan diri ke Jakarta melalui Singapura. Kontroversi kehidupan mereka mendapat perhatian hangat media Malaysia dan Indonesia.
Sumber MSN via depakata.com