‘Cabaran 10 tahun’ merupakan cabaran yang dilakukan oleh warganet dengan memaparkan gambar mereka 10 tahun lalu dan terkini di media sosial.
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Usahawan kosmetik Safiey Illias turut menyahut ‘Cabaran 10 tahun’ daripada warganet dengan memaparkan gambar beliau ketika tahun 2009 dengan wajahnya terkini.
Gambar yang dikongsi Safiey pada tahun 2009 merupakan gambar beliau ketika zaman persekolahanya.
Foto tersebut memaparkan beliau ketika itu berambut pendek dan memakai baju seragam sekolah pelajar lelaki sambil memegang sehelai sijil penghargaan.
“Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga menjadi diri sendiri. Tiada apa nak disembunyikan,” kata Safiey pada hantaran yang dikongsi di Instagram beliau hari ini.
MOHAMED AZMIN ALI
Turut menyertai cabaran itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkongsi gambar beliau di Facebook. Azmin pada tahun 2009 kelihatan sedikit berisi berbanding sekarang.
“Gambar 2009 tu ada iras-iras Azwan Ali sikit la YB,” usik Shah Izwan.
“Terjebak juga YB. Kita pun nak ikut la,” kata Latha Puspa.
“Hensem bang Min jauh la berbanding adik dia,” tulis Tok Man Jeans.
Jom lihat beberapa lagi seleberiti lain yang turut terbabit dengan 10yearschallenge ni..
Kandungan
DATO SRI VIDA
NORA DANISH
DATO ROSA
AEDYASHRAF
NABIL AHMAD
JOZAN
Mark Adam
Koment Peminat di Instagram Mark Adam:
vivaanna66 Hahahah…terkejut mak.nenek
miss_chocoberry @zarazya haahahaa sama
mamaiera Hahahaa..tarzan filipin
habsah_said_deco2 Hahah sborr jla
rozitakamaluddin Alhamdulillah..byk perubahan..yg penting x de tkr apa2..
syedfxris_11 Tarzan