GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) – Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal hari ini.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Perai Azlan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.54 pagi memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dan sebuah daripadanya telah terhumban ke dalam laut.
BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Perai yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dan pemandunya berusia 20-an mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan berkenaan.
“Sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu telah terjatuh ke dalam laut namun pihak kami masih belum dapat memastikan jenis kenderaan dan status mangsa di dalam kereta tersebut,” katanya di sini hari ini.
Azlan berkata operasi mencari dan menyelamat kenderaan serta mangsa yang terjatuh ke dalam laut itu dijalankan oleh anggota bomba bersama dengan pasukan Polis Marin.
BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sementara itu seorang pemancing di kawasan tiang bawah Jambatan Pulau Pinang yang mahu dikenali sebagai Azrul, 30-an berkata semasa kejadian dia sedang memancing bersama dua rakannya sebelum ternampak sebuah kereta terhumban ke dalam laut lalu tenggelam.
Katanya, dia bersama dua rakan cuba mencari mangsa namun tidak menjumpai sesiapa.
“Waktu kereta itu terjatuh memang kami nampak tapi tak sempat perasan jenis kenderaan tersebut. Kami cuba cari mangsa dengan menyuluh guna lampu picit yang kami bawa namun tidak menjumpai sesiapa di tempat kereta terjatuh,”katanya.
Beliau berkata mereka memaklumkan kejadian itu kepada Polis Marin yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.
[Video] Kereta terhumban ke laut selepas kemalangan di Jambatan P.Pinanghttps://t.co/GpEfkF1Glo pic.twitter.com/OOoDliVUxr
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 20, 2019
[Video] Detik-detik insiden sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM4 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi
Ihsan Video Awam pic.twitter.com/KnsPDvV1WD
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 20, 2019
Sumber: BERNAMA via siakap keli
Bomba temui buku manual kereta dalam laut
GEORGETOWN – Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pencarian bagi mengesan lokasi kereta yang terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.
Jurucakap bomba berkata, maklumat awal yang diperolehi, kereta yang terjatuh itu jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih.
Menurutnya, buku manual yang dijumpai dalam pencarian itu belum dipastikan sama ada ia milik kenderaan tersebut atau sebaliknya.
“Pada masa ini, bomba yang dibantu polis marin sedang mencari di sekitar Kilometer 4.0 dengan radius 50 kaki.
“Dan kesukaran yang dihadapi pada masa ini adalah arus deras,” katanya.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sebuah kereta terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jambatan Pulau Pinang.
Kemalangan itu berlaku dari arah pulau menghala ke seberang pada jam 2.45 pagi tadi.
Menurut bomba, dua buah kenderaan terlibat yang mana, sebuah kereta Toyota Vios remuk dan pemandunya yang berusia 20-an cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Maklumat dari orang awam mengatakan, ada sebuah kereta lain telah terjunam ke dalam laut dan usaha pencarian masih diteruskan sehingga kini.
Sumber : Sinar Harian