Kontroversi finalis Dewi Remaja 2018/2019 berparti sakan di kelab malam dan meminum arak sehingga ada yang membuka tudung antara isu yang paling hangat sepanjang minggu lalu.
Pelbagai spekulasi timbul dan umum mengetahui keputusan drastik sudah dibuat dimana gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik manakala Ernisha dan Fazreen tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Finalis Dewi Remaja untuk karier mereka pada masa akan datang.
Ernisha antara yang teruk juga dikecam netizen kerana membuka tudung tampil seksi di kelab malam dengan memakai bini telah tampil memohon maaf. Katanya, beliau akan cuba untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.
Pernah mendakwa ada pengkhianat didalam Dewi Remaja yang menyebarkan video kontroversi itu, Ernisha yang sudah memaafkan ‘pengkhianat’ itu berdoa agar satu hari nanti invidu tersebut tidak ditimpa perkara yang sama.
Dalam pada itu, Ernisha juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sering memberikannya kata-kata semangat ketika dihimpit kontroversi. Buat Ernisha, apa yang berlaku ada hikmahnya.
Sumber Berita : Twitter & Oh Bulan