Kami suka betul usha-usha Instagram milik bekas isteri pengacara Ally Iskandar dan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau Farah Lee.
Bukan apa, setiap perkongsiannya sangat berguna dan mempunyai ‘isi’, bukan sekadar selfie tak habis-habis!
Daripada tip-tip mendisiplinkan anak kecil yang sedang melalui fasa toddler hinggalah bagaimana dia mengajar anaknya, Maream Esabel bertutur dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea di rumah, setiap yang dimuat naik di laman sosial pasti sarat nasihat dan maklumat yang berguna.
Namun, pasti ada yang kurang senang dengan kebahagiaan ibu tunggal muda ini. Tidak tahan lagi dengan cakap-cakap yang mengungkit tindakannya untuk masih tinggal serumah meskipun masih dalam tempoh iddah, Farah memuat naik satu status memperjelaskan mengapa keputusannya ketika itu perlu dipandang dari sudut positif.
Luahan rasa Farah itu menerima ratusan komen oleh pengikut Instagramnya yang meminta supaya ibu tunggal tersebut bersabar dengan kata-kata ‘keyboard warrior’ yang kurang bijak.
“@farahlee_: Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot 😅. Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
“Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my bestjadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.”
Oleh kerana tidak mahu berdosa kerana memungkiri ‘perjanjian’ yang dibuat dengan Tuhan semasa lafaz akad pernikahan, Farah tetap mahu tinggal bersama-sama bekas suaminya itu kerana ianya adalah cara terakhir untuk berikhtiar menyelamatkan perkahwinannya.
“Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan… Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat.. Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan,” jelas Farah.
Tambah Farah lagi, ketika itu dia masih berfikiran positif kerana dia sedar perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan yang berterusan. Namun, itu tidak bermakna pasangan tidak perlu berusaha untuk mengharmonikan perkahwinan mereka.
“Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
“Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involvekeluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
“Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita 😂. Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
“Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak di dunia, di Syurga pasti,” tulisnya panjang-lebar.
Kami ‘tabik spring‘ betul pada Farah Lee kerana sangat matang menghadapi ujian yang melanda dirinya. Bukan mudah untuk menjadi ibu tunggal pada usia yang begitu muda, namun dia tabah menjalankan tanggungjawabnya dan sentiasa ceria berkongsi kebahagiaan bersama Maream di laman sosial.