BEKAS finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha akui kontroversi video kelaab malam dan minuman keraas merupakan detik sukar dalam hidupnya.
Namun, perkara itu bukannya alasan untuk dia membuka tudung.
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.
“Doakan saya terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan,” katanya ketika temubual bersama majalah Hijabista.
Ernisha turut menyesal atas perbuatannya dan pilihannya bergaul dengan individu yang tidak sepatutnya.
Malah, dia terkejut apabila didatangi individu tidak dikenali yang memberikannya nasihat dan kata-kata semangat selepas dilanda kontroversi itu.
Tambah Ernisha, dia tidak akan berputus asa namun akan mengambil sedikit ruang untuk bertenang.
“Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh ini saya akan isikan diri dengan pelbagai ilmu seperti lakonan, pengacaraan atau nyanyian.
“Doakan saya terus kuat menghadapi dugaan ini. Satu pengajaran saya dapat daripada insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri,” ujarnya.
Ernisha dan salah seorang bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Fazreen Fazera membuat permohonan maaf terbuka baru-baru ini berhubung penularan video mereka ketika di dalam sebuah kelaab malam.
Atas kesalahan melanggar kontrak sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja terpaksa ditarik balik.
Susulan kejadian video tular yang berlaku pada minggu lepas
Sumber: astroawani
Bekas Finalis Dewi Remaja, Ernisha & Fazreen Datang Ke Pihak Pengurusan Untuk Memohon Maaf
melibatkan bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 dan beberapa finalis lain, hari ini dua orang lagi datang untuk berhadapan dengan pihak pengurusan untuk sesi penjelasan.
Faizni Fazreen Fazera binti Faizul, 20 dan Erni Nurshahira binti Khairul Zaman, 23 tampil untuk berjumpa dengan pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Remaja bagi kes yang melibatkan mereka.
Atas kesalahan melanggar kontrak yang telah mereka baca dan persetujui sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja milik mereka terpaksa ditarik balik.
Di dalam kontrak tersebut, telah termaktub di bawah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan yang reputasi para peserta sendiri.
Akur dengan keputusan tersebut sejak minggu lalu lagi, Fazreen dan Ernisha yang tidak ditemani oleh sesiapa pada tengah hari tadi telahpun mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak media.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan,” katanya yang tampil serba hijau.
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku.”
Fazreen turut meluahkan permohonan maaf dengan berkata, “Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat. Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan.”
Apabila ditanya mengenai perancangan seterusnya, ini yang Fazreen dan Ernisha ingin kongsikan.
“Saya ingin gunakan waktu terdekat ini untuk memperbaiki diri sendiri dari dalaman. InsyaAllah hanya kemudian, saya akan menyertai kelas lakonan untuk memantapkan skil lakonan,” kata Ernisha.
Bagi Fazreen pula, “Segala kelemahan yang akan cuba saya atasi. Mana yang jernih itu kita bawa ke depan, yang keruh itu kita tinggalkan. Dari segi karier itu, ada tawaran yang datang tetapi saya perlukan masa dulu untuk fokus untuk diri sendiri. But not too long.”
Akhir kata buat para pengikut mereka, Fazreen mewakili Ernisha berkata, “Kepada followers kami berdua, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan kami. Untuk itu, kami berterima kasih. Diharap kalian semua masih boleh menerima bakat kami di dalam industri ini.
“Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka.”
Video:
Sumber: remaja via soulusi.com