KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands memberikan mesej jelas bahawa rakyat menolak kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan itu juga membuktikan bahawa rakyat sudah boleh menilai segala bentuk penipuan dan fitnah yang PH lakukan demi meraih undi.
Jelasnya, walaupun PH menggunakan jentera dan aset kerajaan sepanjang tempoh berkempen, kekuatan itu tidak mampu menandingi kerjasama yang terbentuk antara BN dan Pas.
“PH gunakan jentera dan aset kerajaan, PH gunakan duit dan pelbagai ‘sumbangan’ kerajaan, PH gunakan agensi kerajaan menyerang calon dan parti BN.
“Mereka silap kerana mereka fikir rakyat tidak tahu menilai. Hari ini, rakyat menghantar mesej yang jelas bahawa kemenangan ini bermakna PH ditolak rakyat.
“Segala penipuan dan fitnah yang mereka lakukan selama ini, rakyat sudah muak dan langsung tidak membawa kebaikan apa-apa. Rakyat mahukan Ramli Mohd. Nor mewakili suara mereka, Orang Asli pertama di Dewan Rakyat. Saya yakin beliau akan berusaha membawa kemajuan di Cameron Highlands, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, di sini hari ini.
Dalam masa sama, Najib juga menzahirkan rasa terima kasih terhadap kepemimpinan BN dan Pas yang bekerja keras serta kepada pengundi yang telah membuat pilihan terbaik.
“Tahniah kepada kepemimpinan tertinggi dan parti komponen BN, Pengarah Pilihan Raya Kecil, Datuk Seri Wan Rosdy, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hassan serta jentera BN termasuk UMNO Bahagian yang berkampung di Pusat Daerah Mengundi.
“Saya juga menghargai sokongan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin dan ahli Pas serta semua pihak yang turut membantu kemenangan ini.
“Terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN termasuk di Felda, kampung tradisional dan pos Orang Asli. Ini adalah kemenangan rakyat,” jelasnya – Utusan Online
Kandungan
“Apa khabar bossku?”- tanya Najib selepas BN menang di Cameron Highlands
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata adalah antara yang paling gembira selepas Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Ia jelas dilihat melalui gambar swafoto bersama dua bekas menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman sosial Facebook, dengan status “Apa Khabar bossku? – Astro Awani
SINGGAH PASAR DULU SEBELUM BALIK KL BOSSKU ..
“Sebelum balik, saya singgah sekejap di Pasar Tani Tapah tadi.” Ini yang diberitahu daripada page rasmi Facebook Najib Razak.
Beliau singgah di pasar tapah, dan secara tiba tiba dikerumuni orang ramai yang ingin berswatofo dengan beliau. Seperti artis popular, tidak sampai 2-3 langkah sudah ada orang tahan untuk bergambar. Nampak ceria wajah Bekas Perdana Menteri kita sekarang.
Video Penuh.
Komen Terpilih Dari Netizen
Azizah Benu “Bossku lagi happy bila tak jadi menteri…. Lagi banyak orang sayang, sifat ramah dan mesra sesama insan….. Alhmdulillah semuga Allah sayang kita semua. Aamiin.”
Abang Lan ‘Walaupun xde ape2 jawatan yg disandang RAMAI masih anggap najib seperti perdana menteri”
Stanley Wong “Ba… Jgan lupa singgah selalu kat cameron ni lain kali… Beli sayur ka, strawberry ka, bunga ja… Kunjungan Datuk ni pelik ba… ada tu economic effect… Dapat bikin laku tu kawasan punya sales…. Ba lain kali bawa rombongan kat Sabah sama Sarawak a Datuk… Kasi ONG economic sin”
Adinda Ceq Ta “Tahniah dato’. Aura dato’ mmg kuat. Tahniah bn dan semua yg bertungkus lumus memenangkan BN”
Sumber Video : Najib Razak