Tolak Lamaran Kahwin, Gadis Ini Ketakutan Diugut Akan Kena Bomoh

Posted on

Sorang gadis bernama Shahidah kini dalam ketakutan setelah diugut seorang lelaki yang tidak dikenali di laman media sosial Instagram.

Kata gadis berkenaan, sebelum ini laman Instagram miliknya tak di setting ‘private’ dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.
Kemudian ada seorang lelaki mahu berkenalan dengannya dan di situlah bermula segalanya.

“Mula-mula minta nak kawan, lepas tu lebih-lebih pula”

“Seorang lelaki ni selalu beri komen di gambar yang saya muat naik dan meminta saya DM (direct message).

“Beberapa kali saya cuba tidak menghiraukannya, akhirnya saya membuka DM sebab mungkin dia ada perkara penting untuk dikongsi.

“Rupanya dia ingin berkawan dengan saya. Jadi saya okay sahaja untuk berkawan,”

Shahidah yang berumur 22 tahun dan berasal dari Johor ini memberitahu, lama kelamaan lelaki itu mula ‘buat perangai’ meminta yang bukan-bukan. Malah ada satu ketika lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengajaknya untuk kahwin.

“Dia mengajak saya kahwin dan beritahu keluarganya akan masuk meminang.

“Saya menolaknya dengan baik dan tidak melayan sebelum ‘blocked’ dia. Saya bukannya kenal dia.

“Namun dia sempat mengugut saya – “Kau dah block aku kan. Tau lah aku nak buat apa. Aku dah screenshot gambar kau. Tau lah bomoh kadi mana aku nak jumpa.’”

“Malangnya saya tidak sempat nak ambil gambar skrin kerana dia dah padam. Dia guna nama yang berbeza-beza di akaunnya. Malah bukan saya seorang yang jadi mangsa, ada pengguna wanita lain di Instagram pun turut diganggunya.

“Saya ada beritahu keluarga mengenai perkara ini sama ada perlu buat laporan polis atau tidak, tapi keluarga suruh tunggu dulu. Kalau ada yang lebih teruk seperti dia ikut datang rumah atau mana-mana baharu buat laporan,”

Kata Shahidah lagi, dia mengesyaki lelaki itu mungkin dah tahu tempat dia bekerja.

“Dia pernah cakap jumpa di tempat saya bekerja. Tetapi saya tidak mengendahnya.

“Mungkin ini salah saya juga kerana membalas mesej yang dihantarnya (di Instagram).

“Perkara ini buat saya jadi serik dan berhati-hati untuk menerima request berkawan dengan orang yang tidak dikenali.

“Nasihat saya juga kepada wanita lain supaya jangan layan orang yang tidak dikenali. Jangan peramah sangat.

“Jadikan kisah saya sebagai pengajaran. Biarkan orang kata kita sombong. Kita tak tahu pun perangai orang tu mcm mana.

“Dan jangan terlalu ‘expose’ kat sosial media. Kita tak tau siapa yang perhatikan kita kat luar sana. Tak kisahlah anda cantik atau tidak, perlu lebih berhati-hati,”

Itulah perkongsian dari Shahidah. Memang bahaya juga kalau terlalu terbuka di laman media sosial seperti ini.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.