Seorang pelajar wanita dari Universiti Al-Azhar, Mesir, dibuang dari pengajiannya setelah video gadis itu memeluk seorang lelaki menjadi viral di media sosial awal bulan lalu.
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang seorang lelaki membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan pelajar tersebut. Pelajar itu lantas memeluk lelaki berkenaan yang kelihatan telah melamarnya.
Kejadian tersebut berlaku di Universiti Mansoura, Mesir Utara di mana lelaki berkenaan didakwa merupakan pelajar universiti itu.
Tindakan pelajar wanita itu didakwa telah menunjukkan imej buruk Universiti Al-Azhar sebagai sebuah universiti yang disegani malah menyebabkan kemarahan ramai netizen.
“Video tersebut telah menyebabkan munculnya kemarahan orang ramai dan pihak universiti memutuskan untuk mengeluarkan mahasiswi tersebut kerana dianggap telah menampilkan imej buruk terhadap Universiti Al-Azhar,” kata Jurucakap Universiti, Ahmed Zarie.
Seperti diketahui, Universiti Al-Azhar mempunyai peraturan ketat dalam pengasingan jantina bagi sesi pembelajaran dengan memisahkan pelajar lelaki dan perempuan.
”Berpelukan antara pria dan wanita yang belum menikah telah melanggar nilai-nilai dan prinsip yang berlaku di masyarakat,” katanya lagi.
Namun, bagaimanapun pelajar berkenaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu untuk menyambung pengajiannya.
Video Yang Telah Menjadi Viral ..
pstt: Yang benda benda salah ni mmg sedap.. tapi sedap dia sekejap je .. hahaha!