Video Neelofa Mandikan Gajah Dapat Perhatian, Aduihaii Beraninya Lofa

Posted on

Kecoh di laman sosial hari ini ( sebenarnya di IG Neelofa je) bila video Neelofa mandikan gajah mendapat perhatian netizen.

Neelofa difahamkan kini sedang bercuti di negara gajah putih itu, Thailand di Nai Thon Beach Elephant Jungle Sanctuary, Pulau Phuket. Pelakon dan pengacara jelita ini juga turut berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan peminat dan pengikut beliau sepanjang aktiviti di sana.

” I would definitely want to do this again ! Chan rak khun” tulis Neelofa merujuk kepada sebuah video yang dikongsi beliau sedang memandikan gajah.

Rata-rata netizen begitu teruja melihat aksi berani Neelofa itu. Ramai yang memuji beliau masih ‘maintain’ cantik meskipun sedang memandikan gajah dalam air yang agak berlumpur itu.

Berikut antara komen netizen bila melihat video Neelofa memandikan gajah;

” Untung nye jd gajah,dpt dimandikan ngn lofa. ya ampunnnnn kau lofaaaaaaaa.nda ku beraniii..sy tabikkkk laaa..”

” Buat gajah tu tersalah pijak terpijak kaki naya jgk tu Eeee Gajah tu, mentang lofa yang mandikan siap diaaa cepuk2 airr.. tunglaa gajah mandi ngn lofaaa..”

” lofa akan berbau gajah ke? Atau gajah tu yg akan berbau wangi lofa? untung gajah neelofa mandikan tu siap sentel bdn lg..”

” cik lofa usahawan wanita paling berjaya di Asia kot.. Jelitawan.. Rupawan.. GAJAH PUN EXCITED…”

” respect sangat2. Awak cantik sangat nak juga mandi dlm air keruh begini. Ada artis2 yg nak mandi dlm air keruh begini? Salute U Lofa. Really admire U…”

Video:

Neelofa sememangnya terkenal dengan seorang artis wanita yang gemar melakukan aktivit lasak. Sebelum ini beliau pernah melakukan aktiviti bermain dengan dolphin ketika bercuti di Dubai.

Selain itu aktres dan usahawan tudung terkenal Neelofa sekali lagi menarik perhatian netizen bila berkongsi video melakukan aktiviti ekstrem.

Dalam aktiviti itu, dengan hanya menggunakan sarung keselamatan khas yang diikat kabel, Neelofa bersama seorang teman melakukan zipline terbang seperti superman merentasi bangunan pencakar langit dan juga kawasan perairan di bandaraya itu.

Untuk pengetahuan Xline Dubai ini merupakan ziplines yang paling panjang, curam dan terpantas dunia. Hanya mereka yang berani, tidak gayat atau takut pada ketinggian saja mampu melakukan aksi sukan ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit: worldofbuzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.