Sememangnya, persembahan Sufian Suhaimi telah menjadi persembahan yang ditunggu peminat pada malam pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-33.
Mempertaruhkan lagu Di Matamu, yang mempunyai seribu satu kisah penyanyi itu dengan bekas tunangnya, nyata persembahan Sufian Suhaimi telah mendapat tepukan gemuruh oleh penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Persembahan Sufian Suhaimi yang berjaya membawa lagu Di Matamu dengan baik, telah menyentuh hati peminat.
Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah pada akhir persembahan, Sufian telah duduk di kerusi persandingan seperti pelamin Elfira Loy seorang diri.
Lagu Di Matamu pernah mencetuskan kontroversi apabila dikhabarkan dibuat oleh Sufian Suhaimi yang ditujukan kepada bekas tunangnya, Elfira Loy selepas pasangan itu putus tunang pada tahun lepas.
Rata-rata peminat meluahkan rasa sebak dan terpukau dengan persembahan mantap daripada penyanyi 29 tahun itu.
Bahkan ada dalam kalangan peminat juga bersedih dan dan menangis kerana sebak dengan persembahan tersebut yang mana seolah-olah menceritakan tentang perasaan dan peristiwa yang berlaku pada dirinya.
RAKAN ARTIS TURUT SEBAK
Bahkan ada dalam kalangan artis juga yang turut merasai rasa sedih dan terharu. Ini dapat dirakam apabila Wany hasrita turut mengalirkan tangisan saat Sufian memulakan chorus dalam nyanyiannya.
(VIDEO) Berikut adalah persembahan Sufian Suhaimi yang membuat ramai sebak dan mengalirkan air mata
SEMOGA SUFIAN SUHAIMI BERTABAH DENGAN DUGAAN DAN CABARAN HIDUP.
Apapun, Persembahan nya malam ini sangat membuat semua orang terpukau