Tecamac, Mexico: Seorang wanita pekerja tol lebuh raya di sini, m4ut selepas dikejar 11 anjing liar yang kemudian menerkam dan mengoy4kkan tubuhnya hingga mat1.
Rakaman CCTV kejadian yang berlaku pada 28 Januari lalu, kini tular di media sosial.
Wanita itu dikenali sebagai Margarita N, 34, dilihat berlari ketakutan akibat dikejar kumpulan anjing terbabit sebelum jatuh dan terkeluar dari lensa kamera.
Daily Mail melaporkan, menurut laporan media Mexico, anjing terbabit mengoyakkan tubuh mangsa hingga m4ti.
May atnya ditemui dengan sebahagian besar daging hilang dan rambut tercabut bersama kulit kepala.
Margarita dikatakan sedang melintas jalan menuju ke pondok tol tempatnya bekerja ketika kejadian.
Datuk Bandar Tecamac mengarahkan pihak berkuasa mengesan anjing terbabit untuk dihapuskan.
“…kita telah mempersiapkan pasukan khas untuk mengesan dan menghapuskan haiwan terbabit kerana tidak mahu kejadian yang sama berulang…” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, kejadian hampir sama pernah berlaku beberapa tahun lalu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Namun keadaan kini menjadi semakin membimbangkan ekoran haiwan ini membiak dengan pantas tanpa kawalan sehingga memberi anc4man kepada siapa yang dianggapnya sebagai musuh atau makanan.
Menurut pihak polis, anjing tersebut bertindak menyerang mangs4 kerana berasa mereka ter4ncam kerana ‘wilayah’ mereka dicerobohi manusia.
Dalam masa yang sama orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan elakkan untuk keluar pada waktu malam atau awal pagi seorang diri.
(VIDEO) Berikut adalah lensa CCTV yang terakam saat Margarita dikejar dan bergelut menyelamatkan diri