Pelakon Sharifah Shahira atau Shiera akui tidak kisah jika penyanyi Sufian Suhaimi mahu membawa anak perempuannya, Allisya Tahir keluar.
Menurut Shiera, dia sedar anaknya juga bukan seorang wanita yang sempurna.
“Bila anak aku dah besar sangat…Orang ajak anak kita keluar…
“Kita tak memilih..sebab sedar diri dan ruang,
Janji baik..sbb kita tau anak kita tak sempurna jugak.
“Kita nak jadi mak mertua di sayangi…Semua takut ngan aku….” tulisnya.
Shiera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia berkongsi video yang ditemu bual radio Suria Malaysia.
Dalam temubual itu, Shiera ditanya adakah dia menerima penyanyi Di Matamu sebagai menantunya.
Shiera dalam video itu memberitahu tidak kisah, namun dia bimbang Sufian yang tidak sudi.
Allisya merupakan anak Shiera hasil perkahwinan terdahulunya bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Kini Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!