“Tengah buat Latihan Vokal Siti Aafiyah kacau pulak” Gelagat Anak Tok Ti mendapat komen dari Mira Filzah

Posted on

Penghibur tersohor tanahair Dato Seri Siti Nurhaliza terkini memang sibuk melakukan persediaan menjelang konsert jelajahnya dan yang paling memberi tumpuannya ialah tentang vokalnya.Walaupun sudah lama menyanyi dan berpengalaman dalam persembahan nyanyian tapi beliau tetap gigih berlatih demi membuat persiapan agar jelajahnya itu berjalan dengan lancar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu barunya Anta Permana ini turut berkongsi dalam sesi persiapannya dimana Dato Siti telah mendapatkan latihan vokal demi memantapkan lagi kekuatan vokalnya dalam nyanyiannya.

Ketika Tok Ti giat berlatih ini sedikit mendapat gangguan dari Siti Aafiyah yang merengek beberapa membuatkan Tok Ti terganggu kelas vokalnya namun mengundang rasa terhibur dari peminatnya dan apatah lagi Tok Ti menerusi ruangan kapsyennya turut berseloroh mengenai hal yang sama.

komen dari Mira Filzah…“Hahaa mana tahu nanti Aafiyah boleh ganti ibu…”

Apa kata Tok Ti dalam kapsyennya…

“Ibu ada kelas Vocal harini , Aafiyah plak yang excited nak belajar.. kuat plak tu suara dia .. hahahaha.. “

“Habislahh Aafiyah pun dah berlatih Vokal”

Konsert Jelajah Dato Seri Siti Nurhaliza ini bakal bermula di Istora Senayan,Jakarta pada 21 Februari 2019,selepas itu di Singapore Expo,Singapura pada 2 Mac 2019,di Axiata Arena,Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 dan akan berakhir di Royal Albert Hall,London pada 22 April 2019.

Penyanyi Nombor 1 Negara

Walau bagaimanapun kita ucapkan All The Best untuk penyanyi kesayangan kita yang berjaya mengharumkan nama Negara kita di seluruh dunia dan moga kita doakan konsert jelajahnya berjaya dan berjalan dengan lancar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.