Salah Seorang Wira Yang Membantu Keluarga Hampir Lemas Di Sungai Terengganu Adalah Pegawai JPJ

Posted on

Salah satu kisah yang menyayat hati pada tahun 2019 apabila salah seorang wira iaitu Abdul Bari terkorban ketika usaha beliau menyelamatkan keluarga dari lemas apabila kenderaan mereka masuk ke dalam Sungai Terengganu.

3 hari m4yat Abdul Bari tidak dijumpai dan malam tadi solat hajat dilakukan dan dihadiri beratus orang yang mendoakan agar Abdul Bari ‘pulang’ dan pagi tadi m4yat Abdul Bari ditemui. Salam takziah kepada keluarga arw4h Abdul Bari.

Difahamkan sewaktu kejadian, selain Abdul Bari yang terjun menyelamatkan mangsa, terdapat seorang lagi lelaki yang turut sama nekad terjun ke sungai bagi membantu.

Menurut sumber yang diperolehi dari posting Faceboob JPJ, anggota mereka merupakan salah seorang hero yang bertanggungjawab menyelamat nyawa mangsa dari hampir lemas.

Pegawai JPJ Antara Wira Yang Terjun Selamatkan Keluarga

“ Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Omar Abdul Aziz Othman, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di atas sifat keberanian yang ditunjukkan.

Kami amat berbangga di atas sumbang bakti yang diberikan.”

Ucapan diatas dipetik dari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Mereka mengucapkan tahniah kepada Omar Abdul Aziz iaitu salah seorang wira yang berani terjun untuk selamatkan keluarga itu.

Apa Yang Terjadi Ketika Itu ..

“ SAYA berjaya menyelamatkan dua wanita hampir lemas kira-kira lebih 50 meter dari tebing, manakala mangsa lagi diselamatkan penyelamat lain,” kata Omar Abdul Aziz Othman.

Omar, 27, dianggap wira berani mati apabila nekad terjun ke Sungai Terengganu untuk menyelamatkan empat sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Omar Abdul Aziz, 27 nekad terjun menyelamatkan empat mangsa yang hampir lemas apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Terengganu malam tadi.

Omar kini boleh dianggap wira berani mati yang bertugas di JPJ Negeri Terengganu. Syabas & Tahniah diucapkan.

Video Kejadian ..

Posting Dari JPJ

Tahniah Encik Omar Abd Aziz kerana menjadi wira ketika kejadian itu. Semoga Allah SWT beri balasan kepada tuan di dunia dan akhirat. Tahniah lagi sekali dari kami KL Viral.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit : KLVIRAL & newsviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.