Suffian Suhaimi adalah nama yang tidak asing dalam pentas muzik tanah air. Beliau ini antara artis lelaki yang semakin trending khususnya selepas Anugerah Juara-Juara Lagu Yang ke-33 tempoh hari. Walaubagaimanapun,
Entah kenapa, selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), penyanyi Sufian Suhami dihimpit dengan satu demi satu kontroversi panas.
Sepanjang minggu lalu, foto mesra lelaki mirip Sufian bermesra dengan seorang gadis tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Ada yang mula menggelar Sufian kaki perempuan dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun, Sufian menganggap foto itu sengaja disebarkan untuk mensabotaj dirinya. Sufian turut menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan gadis misteri itu.
Suhaimi yang sebelum ini beraksi di AJL 33 telah menjadi tumpuan dalam persembahannya. Mempertaruhkan lagu berjudul Di Mata Mu hingga berjaya memenangi anugerah dalam Acara Persembahan Terbaik.Persembahan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu kini menjadi perbualan ramai di media sosial. Tambahan pula ada dalam kalangan yang mengaitkan lagu tersebut adalah perihal kisah dirinya yang sebelum itu putus tunang dengan seorang artis wanita, Elfira Loy.
Lagu Suhaimi juga mencatat Top 5 trending di Youtube kerana berjaya mencecah tontonan 1 juta dalam masa tidak sampai 24 jam
“Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan. Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja. Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi.
Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat. Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja.”
Sabarlah Sufian, bukan semua orang senang dengan kejayaan kita dan ada kalanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan reputasi orang lain.