Habuan Menanti Pemilik Gambar Resit Yang Tular Cendol Musang King

Posted on

MELAKA – Pemilik Raja Cendol Taming Sari ingin memberikan ganjaran makan cendol durian Musang King secara percuma selama setahun kepada individu yang memuat naik gambar tiga mangkuk cendol durian beserta resit pembelian RM114 sehingga tular pada minggu lalu.

Pemilik kedai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zambri, 25, berkata, pihaknya kini sedang berusaha mengesan individu terbabit bagi menzahirkan ucapan terima kasih kerana perniagaannya semakin maju sejak kejadian tersebut.

“Saya amat berharap agar individu itu dapat tampil dan berjumpa kami dengan membawa sekali resit pembelian asal sebagai bukti untuk diberikan ganjaran menikmati cendol durian Musang King percuma selama setahun.

“Sejak gambar itu tular, pekerja kami. tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang untuk menikmati cendol durian Musang King, malah hasil jualan turut meningkat dua kali ganda,” katanya ketika ditemui digerainya di Menara Taming Sari, di sini, hari ini.

Pada minggu lalu sekeping gambar tular dalam media sosial memaparkan tiga mangkuk cendol durian Musang King beserta sekeping resit tertera harga RM114.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar pembeli cendol berkenaan sama ada untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap harga cendol Musang King yang dibelinya atau sekadar ingin berkongsi pengalaman menikmati cendol durian premium itu.

Sebelum ini, Muhammad Ariff Qayyum memberitahu, harga itu adalah munasabah bagi mereka yang arif tentang jenis durian termasuk kualiti isi Musang King. – K! ONLINE

Sumber : Kosmo

Cendol Musang King berharga RM114 viral, pemilik kedai tampil beri penjelasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.