“Mohon Maaf Atau Saya Saman”
Dek kerana dikaitkan semula dengan bekas suami pertama, Rita Rudaini bengang dengan sebuah blog yang telah menyiarkan berita beliau dan bekas suami, Akbar Sahari yang kembali rujuk. Menerusi Instagram, Rita meluahkan rasa marah dan memohon pihak blog itu memohon maaf secara terbuka.
“Kepada blogger Pisang Cheese ni saya bagi masa dalam 24 jam, kalau tak mohon maaf secara terbuka kepada saya dan keluarga, saya akan saman. Bukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang tapi saya seorang wanita berani”
“Dalam masa 24 jam ya. Mohon maaf secara terbuka dan bertulis sekali kepada saya dan keluarga. Tulisan anda telah membuat imej dan maruah saya, keluarga saya dan kedua belah pihak tercalar,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam kenyataan lain pula, Akbar yang kini sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata turut sama menafikan dakwaan itu. Menurutnya, walaupun artikel itu tidak menjelaskan secara terperinci namun ia boleh mengelirukan serta menimbulkan fitnah kepada yang membaca.
Terdahulu, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan Akbar yang juga seorang pengulas sukan terkenal pada 1999 sebelum bercerai pada tahun 2001. Rita kemudian berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan berpisah pada 2013.
SUMBER: HARIAN METRO