“Saya rasa sangat malu dan sedih ” – anak makan sisa makanan dari tong sampah di sekolah

Posted on

“SAYA sangat malu dan sedih selepas dimaklumkan anak makan sisa makanan dari tong sampah di sekolah,” kata mualaf, Mardinah Dabe Martin,35, ketika ditemui di rumah sewanya di Perumahan Taman Rakyat Jaya, Dungun.

Dia yang mengakui tidak mempunyai duit untuk perbelanjaan anak-anaknya ketika itu tidak dapat menyembunyikan lagi penderitaan hidup mereka sekeluarga selepas kisah anaknya itu ditularkan.

Menurutnya, dua anaknya, Nur Farah Insyirah, 12 dan Muhammad Farish Irsyad Nor Sukaimi, 10, diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak Januari tahun ini.

“Namun mereka mungkin berbuat demikian kerana kelaparan.

“Perasaan saya ketika itu bercampur baur. Ibu mana yang tidak sedih dan sebak apabila melihat keadaan anak selain rasa malu kerana tidak dapat menyediakan keperluan mereka secukupnya sehingga mereka bertindak sedemikian,” kata ibu kepada empat anak.

Madinah berkata, dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan kerana perlu menjaga dua anaknya yang menghidap penyakit hiperaktif.

“Muhammad Farish Irfaezd, 7 dan Muhammad Farish Irdyad, 6, sangat aktif dan saya tidak boleh meninggalkan mereka untuk bekerja.

“Hanya mereka yang mempunyai anak seperti saya faham betapa sukarnya menjaga mereka,” katanya yang diceraikan suaminya tiga bulan lalu.

Mardinah yang berasal dari Ranau Sabah berkata, dia memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan bekas suaminya kira-kira 14 tahun lalu dan mengikut lelaki itu yang mendapat pekerjaan di Selangor.

“Bagaimanapun, bekas suami bawa kami pulang ke kampungnya di sini awal tahun lalu dan kehidupan saya serta empat anak berubah selepas kami berpisah.

“Saya dipujuk ibu dan rakan-rakan supaya pulang ke kampung namun saya tidak mahu kembali ke agama asal saya kerana saya sayang pada agama Islam,” katanya.

Menurut Madinah, kesempitan hidup menyebabkan dia terpaksa mencatu makanan dan pernah menahan kelaparan supaya anak-anaknya itu tidak kelaparan.

“Sebelum ini, saya malu nak keluar rumah kerana tidak mahu jiran tahu kesusahan hidup namun mereka banyak membantu sejak mengetahui kisah kami.

“Saya tidak mempunyai kenderaan dan tidak pandai memandu, mujurlah ada jiran yang sudi membantu menghantar dan mengambil dua anak yang bersekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia bukan sahaja tidak boleh bekerja malah tidak dapat mempelajari ilmu agama di pusat pembelajaran yang disediakan agensi kerajaan.

“Saya hanya mempelajari ilmu agama hanya melalui YouTube dan buku-buku rujukan.

“Setiap hari, saya menangis mengenangkan kesusahan hidup yang dihadapi namun pelbagai pihak termasuk jiran, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan agensi kerajaan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) datang membantu sejak kisah kami tersebar.

“Saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua, “katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Motosikal Freedom Rider, Mohd Sabri Talib berkata, pihaknya terpanggil selepas mengetahui kesusahan hidup keluarga Mardinah.

Katanya, dia juga gembira selepas dua lagi NGO iaitu Pertubuhan Karyawan Terengganu dan Kelab Triton Kemaman turut bersama-sama membantu.

“Hasil gabungan tiga persatuan ini, kami dapat menyumbang pelbagai barangan seperti peti ais, mesin basuh, rak buku, tilam, bantal, selimut, meja belajar, barangan makanan dan sebagainya.

“Saya sedih melihat kekurangan merekadan hari ini Mardinah serta empat anaknya kelihatan sangat gembira selepas menerima pelbagai barangan dan keperluan yang disumbangkan semua pihak, “katanya.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank 7049534798.

Antara komen netizen :

Fiza Kamaruddin –Jahanam ek bekas suami? Mana nafkah untuk anak-anak kau? Tak guna punya jantan!!!! Sudahlah kau bawa wanita ini ke dalam agama mu dan kau abaikan pula..

Semoga Puan Mardinah terus tabah dan kuat berpegang pada agama Islam dan menghadapi ujian ini 😭

MohdsyukribTaib –Sepatutnya ketua kg dan jawatan kuasa masjid yg harus bertindak cpt dgn keadaan ni. Apa guna pegang jawatan dlm kg klu x mampu membantu lg2 pada saudara bru kita.

Iza Dalina –Jgn pas kisah ni viral,byk bantuan dpt en suami dtg menonjolkan diri…meminta maaf atas kekhilafan. Be determine and strong wahai puan. Moga Allah mudahkan segala urusan puan dan anak2. Sebagai warga Dungun,saya malu ada lelaki yg jenis mcm ni..

Kak Yatie Makeover –tidak semestinya ko balik sana ranau , ko kena masuk kristian..keluarga ko tu sayang ko sama anak2 ko jak..dorg mo bantu ko sedaya upaya..sebab laki pun sdh kasi tinggal ko, family laki ko pun abaikan ko dan anak2….x salah kembali ke tanah asal….tiada di sabah ni paksa orang yg sdh pindah agama suruh balik p agama…di sabah ni paling bebas beragama dan toleransi nya amat tinggi…jangan guna istilah kalo ko balik SABAH ko d kasi balik agama asal…kan ada majlis agama juga d sabah..minta bantu dengan ikut saluran yg betul……

statement ni baik d perbetulkn ya…😢😢😢

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya, tq.

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.