KOTA BHARU, 15 Februari – Pendakwah Bebas yang berasal dari Pekan Baru, Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad telah menjadi tetamu khas Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis yang diadakan bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV , stadium utama negeri Kelantan untuk permainan bolasepak.
STADIUM SESAK DENGAN KEHADIRAN ORANG RAMAI
Stadium tersebut yang mempunyai tempat duduk berkapasiti 35 000 orang itu walaubagaimanapun dipenuhi disegenap sudut ruang termasuk di atas padang. Anggaran kehadiran pada malam tersebut tidak kurang 100 000 orang hadirin.
Bahkan di perkarangan luar stadium juga sesak dengan kehadiran pengunjung sehingga pihak penganjur terpaksa menyediakan Layar Skrin untuk tatapan bagi yang tidak mampu masuk ke Stadium.
Ustaz Abdul Somad pada malam itu diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan kuliahnya kepada rakyat Kelantan dalam majlis yang digelar sebagai Bicara Agung : Malam Murabbi Ummah. Selain beliau, tetamu yang turut hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah bebas yang terkenal asal Terengganu Darul Iman.
ANUGERAH BUAT USTAZ SOMAD DAN USTAZ IDRUS
Kejutan Kerajaan Kelantan pada malam tersebut ialah menyampaikan anugerah kepada dua tokoh pendakwah terkenal itu.
Ustaz Abdul Somad telah dianugerahkan sebagai Daei Nusantara manakala Ustaz Azhar Idrus dianugerahkan sebagai Ikon Anak Muda. Pengiktirifan ini adalah sebagai penghargaan besar kepada dua tokoh ini yang sebelum ini amat gigih dan komited dalam menarik masyarakat dalam menyampaikan dakwah Islam. Tambahan Ustaz Azhar Idrus pula yang telah berjaya menarik anak-anak muda untuk kembali cintakan ilmu keagamaan.
HAMPIR 100 RIBU SOLAT HAJAT DAN HADIRI BICARA MURABBI UMMAH USTAZ ABDUL SOMAD DI STADIUM KOTA BHARU
Hampir 100 ribu jemaah muslimin dan muslimat membanjiri stadium Kota Bharu untuk bersama dalam program kemuncak sempena Hari Murabbi Ummah. Suasana meriah ini dapat dilihat semenjak dari pagi lagi apabila pelbagai pengisian diadakan sekitar perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-4 sehingga petang.
Majlis pada malam tersebut bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh YB Ustaz Tuan Syarifuddin Tuan Ismail, exco Kerajaan Negeri Kelantan dan diikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani yang bertajuk “Hidup Selepas Mati”.
Jemaah hadirin seterusnya bersolat isyak berjemaah bersama YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan diikuti dengan solat hajat royalti yang diimamkan Sahibul Fadhilah Dato Haji Nik Abdul Kadir Nik Mohamad Timbalan Mufti Kelantan.
ACARA KEMUNCAK : ANUGERAH BUAT USTAZ SOMAD DAN USTAZ AZHAR IDRUS
Acara kemuncak Hari Murabbi Ummah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan diikuti oleh tayangan video murabbi Ummah. Sejurus kemudian hadirin berpeluang mendengar Bicara Agung Malam Murabbi Ummah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Da’ie Nusantara dengan tajuk “Tegakkan Islam Tanggungjawab Ummah.”
Sebelum berakhir, YAB Dato Bentara Kanan MB menyempurnakan majlis dengan penyampaian anugerah kepada tetamu jemputan, iaitu anugerah Ikon Anak Muda yang diberikan kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Juga anugerah Da’ie Nusantara diberikan kepada Al-fadhil Ustaz Abdul Somad. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik walaupun dihadiri oleh hampir 100 ribu jemaah muslimin.
Semoga dengan penganugerahan ini, memberi suntikan semangat kepada Dua Tokoh Pendakwah Indonesia dan Malaysia ini untuk terus mengembangkan dakwah di Nusantara ini. Sekalung tahniah juga diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim kerana telah mengiktiraf dua tokoh ini.
(VIDEO) LIHAT KEADAAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV YANG SESAK DENGAN KEHADIRAN ORANG RAMAI
Tahniah kepada Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus !!!