PATUNG berhala ‘Datuk Gong’ yang ditemui di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang, petang semalam, dipercayai dicuri dari sebuah rumah berhampiran surau berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ia susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 50 tahun pada 9.30 pagi hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu mendakwa sebagai pemilik patung berhala terbabit dan rumah disewanya berada hanya kira-kira 50 meter dari surau berkenaan.
“Menurut lelaki berkenaan, kali terakhir dia melihat patung itu pada 4 petang semalam selepas membersihkan dan memakaikan kalungan bunga hidup kepadanya.
“Jarak rumah lelaki itu dengan surau lebih kurang 50 meter sahaja dan patung berhala itu diletakkan di luar rumah di hadapan pintu pagar utama dalam keadaan tidak berkunci,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shamsul Amar berkata, anggaran kerugian kehilangan patung itu dianggarkan kira-kira RM300.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mengaibkan agama.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan penduduk Taman Pendamar Indah, Klang gempar apabila dikejutkan dengan penemuan patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda.
Difahamkan, patung berhala itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara 2.30 petang hingga 4 petang sebelum disedari siak surau yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.
Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :
Tolong jangan bagi komen yang bagi korang lawak. Saya sebagai Muslim tak rasa perkara ini kelakar. Allah tak suruh kita hina agama orang lain.
Ada orang sedang cuba menyalakan api.
Kenapa orang2 dalam ni x boleh hormat agama lain ye? Kita nak orang hormat tuhan kita, agama kita, tapi kita suka2 make fun of tuhan orang dan agama orang. Bila orang sentuh agama kita, tuhan kita, mula melenting. Kita hidup sama2 kongsi satu ruang yang sama, belajar lah hormat. Dalam islam pun tak ajar kita buat macam tu.
Curi tokong kat rmh cina.. Lps tu letak kat surau melayu.. Fikir secara logic la x kan cina tu ambil tuhan dia pi ltk kat surau, dan mcm tu juga sebaliknya.. X kan org islam ambil tokong tu pi letak kat dlm surau tmpt org islam beribadat.. Fikir guna akal la jgn main angguk je dgn andaian mengarut dari puak2 yg
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja
Sumber : Harian Metro
alasan dicuri tu no 2 yang no 1 tu siapa yang letak di surau dan apa motif jangan menguji jesabaran melayu dan islam
Ni kes di curi dan sengaja di letak di surau atau pencuri tu tak sempat larikan berhala tu dan tinggalkan di surau…