(VIDEO) Penyamun Depan Rumah : “Kalau Lambat Satu Saat, Tak Tahu Apa Nasib Ayah “

Posted on

Seorang lelaki nyaris dit3tak penyamun yang datang mengejarnya sehingga ke depan pintu rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.28 petang tadi di Bukit Kuchai, Puchong, Hazran Adli berkata, bapanya dikejar oleh dua orang penyamun bersenjata parang sehingga ke depan pintu rumah. Bagaimanapun, bapanya bernasib baik kerana pantas melariskan diri dan terus menutup pintu.

Berdasarkan video yang dikongsi Hazran di Twitternya menunjukkan, dua suspek mengejar mangsa yang sempat masuk ke dalam rumah, sementara lima lagi rakannya yang menunggang motosikal menunggu di depan pagar rumah. Mangsa cuba menutup jeriji pintu tetapi gagal dan terus menutup pintu.

Tweet Daripada Anak Mangsa

Anaknya yang ternampak kejadian itu terus segera membantu bapanya menahan pintu itu daripada dipecah masuk oleh suspek yang berulang kali menendang pintu tersebut.

“As you can see my dad 2 second away from getting tettak. Kalau lambat satu saat tahan pintu and masuk, memang tak ngam. Alhamdulillah semua okey.”

“Sentiasa beringat guys and alert. Alhamdulillah syukur Allah bantu kami hari ini.

“By the way kau dapat tatap muka seorang budak tu. Budak-budak melayu muda-muda je. Kalau dapat tu memang GG beb,” tulisnya.

Dalam hantaran posting di facebook, anaknya juga turut meluahkan rasa syukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut. Kalau lah ayah lambat sesaat, mungkin sesuatu tidak diingini akan berlaku.

Siapa2 yang ade info please reach out to the police..and please viralkan video ni..and again jaga diri semua..

Berang usaha menyaamun keluarga mangsa menemui kegagalan, suspek bertindak membocorkan tayar dan memecahkan tingkap kereta Hazran. Perbuatan ini dapat dilihat dengan jelas pada video RAKAMAN CCTV yang dikongsikan di bawah.

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut dan tanpa mengulas panjang, mangsa dan keluarga menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes terbabit.

(VIDEO) BERIKUT ADALAH PETIKAN RAKAMAN CCTV YANG MERAKAM PERISTIWA TERSEBUT

Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan pintu pagar rumah atau pintu utama dibiar dibuka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

1 comment

  1. iNILAH DIA ANAK-ANAK BAKA MURAHAN, ANAK HARAM, LAHIR KE DUNIA buat MAKSIAT, SAMUN, ROGOL, SILa ubah hukuman, bUat macam kat IRAN, walaupun mereka syiah, tapi penjenayah MACAM SYAITAN KAT ATAS, AKAN DIHUKUM BUNUH. BARULah penjenayah lain akan takut, insaf dan akhirnya BERTAUBAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.