Malaysia – Anda pasti sudah terbiasa jika melihat pasangan pengantin akan mengabadikan momen dan kenangan hari perkahwinan mereja dengan konsep yang unik, romantis dan bermakna. Tambahan pula perkahwinan merupakan momen yang paling indah dan istimewa bagi setiap pasangan. Selain alatan pelamin dan persandingan, kebanyakan daripada pasangan pengantin akan memilih tempat yang indah, cantik dan istimewa. Bahkan tidak hairan jika ada dalam kalangan pasangan sanggup mngeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk perkahwinan.
HUMAIDI, KHAIRUNNISA CIPTA KELAINAN
Berlainan bagi pasangan pengantin muda, Mohd Humaidi Asraf Hassan, 24 dan Khairunnisa Mohd Zaki, 22 apabila memilih untuk melakukan sesi fotografi di samping van jen4z4h.
Gambar perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai dan tular di laman sosial Facebook apabila ia dianggap aneh, unik serta lain dari yang lain.
Ada cerita di sebalik foto berkenaan kerana Mohd Humaidi yang menggunakan nama ‘Serah M4y4t’ di laman sesawang Facebook sebenarnya seorang pemandu van jen4z4h.
Mohd Humaidi berkata, memang menjadi impiannya untuk merakam gambar perkahwinan di samping van jen4z4h yang menjadi sumber pendapatannya.
Menurutnya, detik yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba apabila dia melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos 2018.
“Memang niat saya nak ambil gambar kahwin di samping van jen4z4h.
“Jika orang lain sibuk ke tepi pantai dan mencari lokasi menarik yang lain, saya hanya tumpukan kepada van jen4z4h.
“Gambar berkenaan dirakam sejak enam bulan lalu tetapi sekarang baharu jurufoto serahkan kepada kami,”katanya kepada Sinar Harian.
BEKERJA SEBAGAI PEMANDU VAN JEN4Z4H
Tak sangka foto kahwin dapat reaksi positif
Dia yang juga pemandu van jen4z4h di bawah seliaan Ahli Parlimen Dungun berkata, dia tidak sangka gambar yang dimuat naik mendapat reaksi positif netizen, malah status berkenaan turut dikongsi semula oleh Ahli Parlimen Dungun, YB Wan Hassan Mohd Ramli.
“Terkejut juga lihat ramai netizen berikan reaksi positif sebaik sahaja gambar itu dimuat naik.
“Malah ramai yang memuji kerana mereka rasakan gambar itu kreatif dan ingatkan orang ramai kepada kem4tian.