Sanggup Rakam Video Dari Bantu Mngsa.. KP Bomba Sedih, Mngsa Boleh Diselamatkan Jika Orang Ramai Guna ‘Kaed@h’ Ini

Posted on

Insiden pemandu lori tangki minyak yang rentung hingga tular perlu dijadikan sebagai iktibar oleh semua pihak bagi menggelak kes seumpama itu berulang.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohmmad Hamdan Wahid berkata, rakyat negara ini seharusnya memiliki sikap bertangungjawab ke atas orang lain selain diri sendiri.

” Orang ramai sepatutnya berusaha menyelamatkan mngsa dari kebakaran, bukannya merakamkan video mengenai insiden yang menimpa mngsa” kata beliau

Boleh guna kaedah ini bantu padam api

Menurutnya lagi, sekiranya berlaku kejadian kebakaran seperti itu orang ramai boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membantu memadam api pada baju mngsa.

Salah satunya adalah dengan teknik ‘Stop, Drop and Roll’ (berhenti, jatuhkan tubuh dan berguling) terutama berguling atas rumput yang mana perkongsian ilmu itu juga sering disampaikan kepada kanak-kanak tadika.

Katanya, usaha menyelamat mngsa boleh diteruskan dengan menggunakan selimut ataupun kain yang basah untuk diletakkan pada mngsa daripada membiarkan mngsa terus berlari kerana keadaan itu akan menyebabkan api lebih marak.

” Tapi apa yang berlaku video ditularkan dan saya rasa amat sedih, orang sanggup membuat rakaman dan tidak membantu mngsa.

” Seharusnya sebagai rakyat, kita sepatutnya menjadi orang yang boleh menyelamatkan orang lain dalam keadaan kecemasan tertentu tetapi dalam insiden ini ia tidak berlaku,” katanya.

Mohammad Hamdan hadir  ketika sidang media selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mohammad Hamdan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat negeri di Hotel Muzaffar.

Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zin Salleh.

Tambah Mohammad Hamdan, setiap kenderaan juga digalakkan mempunyai alat pemadam api sebagai langkah keselamatan jika berlaku sebarang bencana diluar jangka di jalan raya.

Pemandu lori seperti itu juga kebiasaannya mengikut kursus

” Selain alat memadam kebakaran, pemandu lori seperti itu juga kebiasaannya mengikut kursus berkaitan dan merupakan pemadu lori terlatih,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang pemandu lori tangki maaut dalam kebakaran selepas kenderaannya terbabit dalam kema langan di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Hentian Rehat dan Rawat Behrang, di Slim River, Perak.

Mngsa, Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, 38 tahun, berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Selangor.

Lihat video cara memadamkan api

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : sinarharian & Newsviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.