Jika disebut nama Sheikh Ahmad Deedat pasti kebanyakan generasi baru kurang mengenali beliau berbanding Dr Zakir Naik, Shabir Ally dan lain-lain pendebat antara agama yang terkenal pada masa kini.
SIAPA SHEIKH AHMAD DEEDAT?
Syeikh Ahmad Deedat dikenali sebagai pendebat yang ulung dalam sejarah bidang perbandingan agama. Anaknya Yousuf Deedat menggelarnya sebagai “lion of the stage”. Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik di mana-mana universiti, itu tidak menghalang Deedat untuk menjadi pendebat yang paling tajam dan ber’style’. Yang mampu mematahkan hujah lawannya yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi daripadanya.
Jika kita menonton kembali video Deedat di alam maya, kita akan dapat melihat seorang lelaki tua sedang berpidato atau berdebat dihadapan ribuan hadirin dengan menggunakan lenggok suara yang memukau dan hujah-hujah yang mampu membuat kita terpaku dan terpesona. Deedat seorang pendebat yang lancar dan mampu berdialog dan bermonolog dengan sangat baik. Dalam pada usianya 77 tahun, beliau masih gagah bersuara lantang dan berdiri berjam-jam menjadikan beliau menguasai pentas dan menenggelamkan lawannya. Dengan gerak tangan, lontaran suara, cara menyemak rujukan hatta cara berdiri membuatkan dirinya menjadi jaguh orator terulung yang menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.
KEHEBATAN BERHUJAH DAN BERBAHAS
Lawan debat Deedat bukanlah calang-calang orang. Antara debat yang popular dan masih lagi diingati sehingga sekarang ialah debatnya dengan Kristian ‘televengelist’, Jimmy Swaggart pada 1986. Dan debat ‘Is Jesus God?’ dengan Dr Anis Shorros yang dianjurkan di Royal Albert Hall London. (SILA RUJUK VIDEO DI BAWAH)
Nelson Mandella pernah menceritakan tentang kehebatan Deedat semasa hayatnya. Dimana-mana pun beliau pergi, Presiden Afrika Selatan itu akan dihujani dengan soalan berkenaan dengan Deedat. Yousuf Deedat pernah mengingati peristiwa tersebut. Katanya,
“When he met youngsters, they all used to ask him: Mr Mandela, how is Sheikh Deedat? And when he went on television interviews, the first question the presenter would ask is: How is Sheikh Deedat in South Africa?”
‘MELAHIRKAN’ ZAKIR NAIK
Dr Zakir Naik dalam ceramahnya tidak malu untuk mengakui bahawa jika tidak kerana Deedat, beliau tidak akan menjadi seperti dirinya sekarang. Zakir yang pernah menjadi pemandu kepada Deedat telah meninggalkan dunia perubatan yang diminatinya kerana terpengaruh dengan gerakan dakwah yang dipelopori oleh Deedat. Hasilnya, Dr Zakir Naik telah menjadi seorang pendakwah sepenuh masa yang tersohor kini dan digelar ‘Deedat Plus’ kerana tidak hanya berupaya berdebat dengan pendakwah Kristian tetapi mampu berdebat dengan agamawan Hindu dan golongan Ateis.
(VIDEO) BERIKUT ADALAH SEDUTAN KEHEBATAN HUJAH DEEDAT SEHINGGA MEMBUAT LAWANNYA WAKIL KRISTIAN, ANIS SHOROSH DAN JIMMY SWAGGART TERDIAM
Pada usianya 85 tahun, Deedat menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya pada tanggal 8 Ogos 2005.
AL Fatihah.