PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan seorang pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang dikongsi isterinya, Bella Astillah di Instagram.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya ringkas kepada Harian Metro.
Sementara itu, Oktovia mengakui dia keluar bersama Aliff sebagai rakan.
“Kami bukan cuma berdua. Ada teman untuk mengelakkan fitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ni. Jaga sikit muka.
“Aliff dengan saya keluar sebagai kawan dan tidak ada apa yang serius antara kami.
“Kepada Bella Astillah, saya tak suka awak kecoh dan tunjukkan yang saya mabuk teruk tanpa bukti. Tolong jaga air muka ayah saya,” tulisnya.
Oktovia yang juga sepupu kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose menafikan dakwaan dia dalam keadaan mabuk seperti yang dikongsikan Bella di Instagramnya.
“Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk dan tak pernah nak kalah. Satu cawan air langsung tak pegang.
“Padahal, orang yang sibuk jaga tepi kain orang inilah yang dah mabuk, tapi sibuk mengata pasal orang,” tulisnya.
Aliff dan Oktovia bergandingan dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.
Dakwaan Aliff dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.
Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari sebuah pusat karaoke pada 2017.
Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.