Selepas Hampir Dua Bulan Sultan Muhammad V Letak Jawatan, Rakyat Negeri Kelantan Buka Mulut Dan Luah Sesuatu

Posted on

Imam Pertama, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Sabri Abdullah, meluahkan rasa rindunya untuk mengimamkan solat Jumaat yang turut dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Masjid Al-Sultan Ismail Petra katanya, sering menjadi masjid pilihan Sultan Muhammad V kerana kedudukannya yang dekat dengan istana.

Kali terakhir Sultan Kelantan itu bersembahyang Jumaat di masjid berkenaan adalah pada awal Januari, iaitu dua hari sebelum Baginda membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Rakyat Kelantan rindui kelibat Baginda

Baginda juga sering menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu dibeberapa masjid di sekitar Kota Bharu dan akan meluangkan masa untuk beramah-mesra dengan rakyat jelata yang hadir.

Sebagai Sultan berjiwa rakyat, kelibat Baginda juga sudah lama dirindui rakyat Kelantan yang menanti keberangkatan pulang Baginda.

Seorang pemuda bernama Mohamed Affandi yang sewaktu di temubual berkata, sebagai seorang rakyat negeri Kelantan mereka sangat merindui perkembangan Tuanku di luar sana, dan semua rakyat negeri Kelantan masih menunggu-nunggu kelibat Sultan Muhammad V.

” Setakat yang saya tahu, Tuanku masih berada di Kuala Lumpur”, kata Affandi

Sementara seorang lagi pula berkata, mereka sebagai rakyat Kelantan tertanya-tanya keadaan Sultan Muhammad V adakah berada dalam keadaan sihat dan bila Baginda mahu pulang ke negeri Kelantan.

Rakyat luah rasa sedih dan terkejut peletakan jawatan Sultan Muhammad V

Berita peletakan jawatan itu yang diketahui pada awal January lalu telah mendapat pelbagai reaksi dan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat Seri Paduka sepanjang memegang jawatan tertinggi negara.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan ringkas di Facebook merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Muhammad V atas khidmat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

” Kami rakyat Malaysia berdoa agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah SWT. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku!,” katanya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar turut menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V kerana memberi pengampunan penuh kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

” Semoga Malaysia tidak meneruskan lagi penahanan mana-mana tahanan politik,” katanya dalam Twitter.

Berikutan peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu, netizen ada yang tertanya-tanya siapakah pengganti kepada Sultan Muhammad V.

Antara sebahagian komen netizen ialah Syamil Hmd yang berkata “Sedih tuanku. Tapi apa-apa pun raja bernaung di atas takhta melindungi rakyat. Allahuakhbar, Daulat Tuanku.”

Mohd Irwan Shaffii pula menulis: “Pertama kali dalam sejarah. Agong letak jawatan. Sebelum ini tak pernah berlaku.”

Seorang lagi netizen Shahril Aziz melontar pandangan dengan mengungkap kembali kata-kata baginda yang tular:

” Ingat dulu jenaka Tuanku masa pembukaan sidang parlimen… Ayat tengah hot masa tu “duduk jangan lari”.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : astroawani & rimbabara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.