Persahabatan antara lelaki dan wanita yang diakhiri dengan ikatan perkahwinan merupakan satu situasi yang sangat membahagiakan.
Mendirikan rumah tangga dengan seseorang yang sudah lama dikenali akan menjadikan ikatan tersebut lebih selesa dan mudah dalam memahami antara satu sama lain.
Baru-baru ini, viral di Twitter mengenai satu thread rakan karib menjadi pasangan suami isteri. Muat naik yang di lihat menerusi akaun Twitter seorang pengguna yang dikenali sebagai Ainsymm telah mendapat 24 ribu RT.
Thread tersebut mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Zati Zaini dan Ammar Azlan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.
Menerusi posting di Twitter dan merujuk kepada Instagram pengantin perempuan iaitu Zati Zaini, mereka adalah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi dan kekal bersahabat setelah masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.
Kerap membahasakan diri dengan panggilan “aku engkau” , Zati dilihat agak kekok untuk membahasakan diri sebagai seorang isteri setelah diijab kabulkan.
Muat naik di Instagramnya telah pun viral ke media sosial yang lain kerana netizen beranggapan bahawa gelagat mereka sungguh ‘comel’ dan ramai inginkan persahabatan yang sedia ada membawa ke alam perkahwinan.
Netizen turut meninggalkan komen yang pelbagai menerusi thread viral tersebut. Rata-rata memuji ‘kecomelan’ pasangan ini dan ada juga yang berseloroh untuk berkahwin dengan sahabat baik mereka juga. Semoga pasangan pengantin dapat menjalani kehidupan suami isteri dengan bahagia.
Aku nak kahwin dengan bestfriend aku lah…
Sumber:Twitter Ainsymm, Instagram Zati Zaini via TerlajakViral via limaumadu
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!