Pelakon, Datin Almy Nadia akui tidak mudah untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Bagaimanapun kata Almy walaupun agak penat namun itulah momen paling berharga buat dirinya kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga.
Almy berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
“Tugasan seorang suri rumah tangga sepenuh masa, bila anak-anak tidur, si ibu bersilat buat keja lain… Tak ada rehat yer.
“Orang kerja ofis, orang pergi shooting ada jugak rehatnya cutinya mcnya tapi housewife fulltime tak ada cuti.
“Masa bila nak rehat bila nak tidur tengah malam belum time sakit lagi, kalau semua sakit berjemaah nah ambil orang paling last sakit adalah mama dan papa.
“Papa lately ni senang sakit sebab dia shooting tempat panas dan tempat berhabuk, mama akan sakit lepas semua dah sihat time mama sakit.
“Yes, inilah PENGORBANAN seorang ibu yer… Bukan senang tau, bukan susah… If kita enjoy the moment, itu saat paling bahagia sekali,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan perkongsian Almy itu.
“Betul tu, kadang-kadang tu rasa nak nangis sebab terlalu penat… Anak dah tidur kita tak tidur lagi. Lebih-lebih lagi bila anak dah ramai tapi happy bila tengok anak-anak membesar depan mata,” sokong @riyandzill
“Betul kak… Saya pun suri rumah sepenuh masa. Memang penat tapi tetap bersyukur sebab ada anak-anak yang membuatkan kita jad happy,” komen @clodrew
“Kasih sayang seorang ibu dan pengorbanan tiada tolok gandingnya,” tulis @iedura72
Terdahulu, Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, Aurora, 1 dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
“Janganlah Malu Jadi Seorang Suri Rumah, Banyak Kelebihan Allah Akan Beri”
Menjadi seorang suri rumah merupakan antara pilihan yang dibuat oleh wanita. Bukan tidak mahu untuk menjadi wanita bekerjaya, mereka lebih memilih untuk menjadi suri rumah supaya dapat ‘berkhidmat’ di rumah dan menjaga anak-anak dengan sendiri. Namun, pilihan ini bukan semua digemari dan menjadi kebanggaan ramai orang kerana masih mempunyai anggapan yang rendah terhadap kerjaya sebagai seorang suri rumah.
Oleh itu, buat ibu-ibu yang merupakan suri rumah di luar sana, jangan segan dan malu dengan kerjaya anda seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini.
JANGAN MALU MENJADI SURI RUMAH
Pergi menemani suami ke mana-mana, pasti ada makcik-makcik (biasa di masjid) akan bertanya, Ustazah kalau kerja anak sapa jaga, saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri, tak kerja. Macam-macam feedback dapat.
“ohh rugilah tak kerja”
“oh mudahlah, senang gitu, laa ni payah nak cari pengasuh”
Kadang bila tengok muka makcik yang tanya berubah, saya akan sambung juga,
“Sambil-sambil duk sambung belajar”
“Oh yaa ka..”muka depa bercahaya kembali tak tipu hehe
Mula-mula tak nafi, ada terdesit di hati, lintas sahajalah tak masuk ke hati sangat, malulah tak kerja, belajar habis degree tapi bila orang tanya macam tu, ehh tak ada usaha ke nak bina kerjaya sendiri.
Saya pernah masuk ke alam kerja, itupun chambering ja hampir setahun, tapi saya tak dapat bayangkan kemana anak saya jika saya bekerja ketika itu jika saya sudah ada anak, balik pun maghrib masih di atas bas. Dunia peguam memang sibuk, kawan-kawan saya yang kuat memang saya salute (ramai classmate saya yang dah jadi lawyer dan dah ada keluarga) memang power!
Jadi saya belajar berdamai dengan ketentuan, Allah meletakkan saya ditempat yang paling indah buat saya, di masa depan belum tahu, paling diperlukan keluarga atau masyarakat. Jadi suri rumah jangan MALU.