Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda khususnya yang berusia lingkungan 20-an dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar muflis.
Kebanyakan mereka adalah daripada lepasan kolej atau universiti dan baru menempuhi alam pekerjaan.
Berikut kami senaraikan antara punca masalah ini berlaku kepada golongan belia!
Kandungan
1. BELI KERETA MELEBIHI KEMAMPUAN
Selalunya bila dah kerja, mesti terus nak beli kereta. Lepas tu kalau boleh nak beli kereta Honda. Tak main la kereta nasional. Sedangkan gaji cukup makan je.
2. GHAIRAH MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Kad kredit merupakan salah satu jalan mudah untuk muflis. Amat bahaya bagi mereka yang tidak pandai menggunakannya, terutama golongan belia.
3. BERBELANJA MEWAH
Ada yang gaji baru RM2,000 tapi berbelanja macam anak menteri. Sanggup berbelanja besar untuk beli telefon baru dan pakaian berjenama. Lagi teruk ada yang beli telefon berhutang.
4. BERHUTANG MAJLIS KAHWIN
Sekarang dah jadi trend berhutang untuk kahwin. Last-last, dah beranak pinak pun belum tentu boleh habis bayar. Ini antara punca berlakunya perceraian dan risiko untuk muflis adalah amat tinggi.