Nama Pelakon Indonesia, Luna Maya kembali menjadi sebutan selepas bekas kekasihnya, Reino Barack mengahwini artis cantik yang juga asal Indonesia iaitu Syahrini. Selepas perkahwinan itu, ramai yang bersimpati dengan nasib Luna Maya yang dikatakan sudah menjalinkan hubungan 5 tahun dengan bekas kekasihnya itu.
Terbaru, Faisal Nasimuddin, salah satu usahawan terkenal di Malaysia yang dikhabarkan semakin rapat dan akrab dengan mantan kekasih Reino Barack itu kini turut jadi bualan dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia.
HUBUNGAN FAISAL-LUNA DAPAT RESTU IBU?
Faisal Nasimuddin kembali jadi topik hangat di kalangan netizen selepas Luna dikhabarkan mendapat restu ibu, Zaleha Ismail, pemilik Naza Group di Malaysia.
Melalui ruangan komen, Luna mengirimkan salam pada ibu Faisal. Tak disangka, komen Luna tersebut ternyata dibalas oleh adik kandung Faisal, Diana Nasimuddin dengan memberitahu ibunya sentiasa berbicara tentang Luna.
Interaksi Luna dengan keluarga Faisal itu menggambarkan jika hubungan mereka terjalin baik.
Dalam perniagaan milik arw4h bapanya, Tan Sri S.M. Nasimuddin Amin, Faisal memikul jawatan sebagai Pengarah Kumpulan Eksekutif Bersama. Sebagai salah satu pewaris takhta perniagaan Naza Group, Faisal memiliki gaya hidup mewah yang sesuai dengan status sosialnya.
Faisal dari muat naik Instagramnya tampak mempamerkan gaya hidup mewah, seperti memiliki koleksi kereta sport hinggalah dengan helikopter peribadi. Berikut, deretan kereta sport, pesawat jet pribadi, hingga kapal layar peribadi mewah milik Faisal seperti yang diambil dari Instagramnya, @faisalnasimuddin:
KERETA MEWAH MILIK FAISAL
Sebagai pengusaha automobil, wajar jika Faisal mengumpul kereta mewah. menerusi muatnaiknya, Faisal tampak mengumpul kereta sport keluaran Italy jenama Ferrari warna merah dan kuning.
Kereta sport yang dimiliki jejaka berusia 40 tahun itu memang diketahui dengan harga yang sangat mahal iaitu mencapai angka jutaan ringgit.
Dalam muatnaik gambar yang lainnya, jejaka yang dilahirkan pada 10 Oktober 1979 itu tampak berpose dengan ibunya di salah satu kereta sport yang dipandunya.
PESAWAT PERIBADI
Sebagai ahli perniagaan yang berjaya, sudah tentu Faisal sering melakukan urusan perniagaan ke luar negeri. Demi memudahkan aktivitnya itu, dia memilih untuk menggunakan pesawat jet peribadi.
HELIKOPTER PERIBADI
Selain memiliki kereta sport dan pesawat jet peribadi, Faisal juga kerap menggunakan helikopter peribadi untuk membantu dia melalui aktivitinya yang padat.
Itu terbukti meneruis muatnaik di Instagramnya, pemilik Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) dari Sultan Kedah sejak 17 Januari 2010 itu juga pernah berangkat menggunakan helikopter peribadi.
Bahkan, jejaka ini kadang-kadang menjadi juruterbang untuk membawa dirinya sendiri menuju ke berbagai tempat dengan helikopter peribadinya tersebut.
KAPAL LAYAR MEWAH
Jejaka yang berstatus duda itu juga memiliki sebuah yacht atau kapal layar peribadi. Faisal juga ada memuatnaik gambar saat dia memandu sendiri kapal layar yang dinaiki bersama keluarga.
Itulah beberapa koleksi kenderaan mewah milik Faisal, yang dikhabarkan mendapat restu dari ibunya untuk dekat dengan Luna Maya.