Jangan terlepas peluang berdoa malam ini

Posted on

BULAN Rejab akan membuka tirainya esok. 1 Rejab 1440 Hijrah kali ini jatuh pada hari Jumaat.

Mengikut kalendar Islam, 1 Rejab bermula apabila masuknya waktu Maghrib pada hari ini iaitu 7 Mac 2019.

Imam as-Syafie menyebut, antara kelebihan malam pertama bulan Rejab adalah salah satu malam yang dimakbulkan doa.

Justeru, perbanyakkanlah berdoa pada malam ini. Doalah apa sahaja. Antara doa yang dianjurkan untuk dilazimi apabila masuk bulan Rajab sehingga Ramadan ialah:

“Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Marilah kita rebut peluang ini untuk berdoa kepada ALLAH. Semoga doa kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

(Sumber: Facebook Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre)

Keistimewaan Bulan Rejab

Hari bertukar hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti dan tahun menjelang tahun. Demikian masa berjalan dan berlalu dan kita sedang mengembara menuju matlamat terakhir yang kekal abadi tanpa mengira siapa kita, kem4t1an menunggu kita dan hari akhirat pasti akan tiba. Dalam peredaran masa yang pantas ini, sekarang kita telah berada dalam bulan Rejab 1438 Hijrah..

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36 yang bermaksud, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah taala ialah 12 bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihorm4t1….”. Empat bulan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, bulan Zulkaedah, bulan Zulhijjah dan bulan Muharram. Bulan tersebut juga dinamakan bulan haram kerana bulan-bulan ini dihar4mkan peper4ngan, iaitu lanjutan daripada pegangan orang-orang arab sebelum Islam. Islam mengakui pegangan tersebut dengan mengharamkan orang-orang Islam memulai peper4ngan dan diharuskan apabila mereka di4ncam atau diser4ng.

Banyak peristiwa penting menjadi ciri-ciri keistimewaan berlaku pada bulan Rejab yang mulia ini. Di dalam bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi bukti dan mukjizat utama kenabian dan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Dalam bulan Rejab, Baginda diisrakkan daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dimikrajkan, meredah angkasa menembusi setiap lapis langit mengadap Allah taala menerima kefarduan solat lima waktu. Firman Allah taala dalam surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah, ke Masjidil Aqsa di Palestin, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Pada bulan Rejab juga turunnya perintah Allah supaya kiblat solat berpindah daripada Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, sebagai memperkenankan harapan hamba dan pesuruhnya yang dikasihi, Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah taala dalam surah A-Baqarah ayat 144 yang bermaksud, “Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad, berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah Masjidil Haram tempat letaknya kiblat dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya…”

Sempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita menghorm4t1 kelebihan dan keistimewaan dengan mengambil ingatan dan pengiktibaran dari peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini, sebagai contoh ialah peristiwa israk dan mikraj. Merujuk dari hadis-hadis yang sahih, banyak pemandangan dan peristiwa yang telah disaksikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang perjalanan tersebut.. Peristiwa tersebut sengaja diperlihatkan oleh Allah, untuk menimbulkan keinsafan dan peringatan kepada seluruh umat Islam. Dan perkara penting dalam peristiwa israk dan mikraj ialah menerima kefarduan solat lima waktu sehari semalam.

Dengan demikian, yakinlah kita bahawa sembahyang fardu itu ialah kewajipan yang paling utama kerana kefarduannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. semasa dimikrajkan. Oleh itu, kita hendaklah mengambil berat dalam menunaikan solat di mana sahaja kita berada di samping itu juga, kita hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki dan meningkatkan mutu solat kita, agar sampai ke tahap kekhusyukkan yang dikehendaki oleh Allah taala, sehingga dikira orang-orang yang mendapat kejayaan yang besar disisiNya. Firman Allah taala dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahnyannya.”

Pertukaran kiblat daripada Baitulmaqdis ke Baitullah Haram melambangkan keagungan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keistimewaan umatnya. Dengan mengadap kiblat semasa solat menunjukkan bahawa umat Islam mempunyai pendirian dan pegangan tersendiri. Ia juga mencerminkan kesatuan matlamat dan perpaduan umat Islam. Oleh yang demikian, setiap orang Islam perlulah sedar, tentang betapa pentingnya dipelihara dan dipupuk suasana perpaduan di kalangan umat Islam. Sempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita memperkukuhkan ketahanan dan perpaduan umat sebagaimana kita bersatu dalam mengadap kiblat ketika solat.

Akhirnya, marilah kita menyambut bulan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat dan kerja-kerja kebajikan seperti puasa sunat, mengimarahkan masjid dan surau dengan solat fardu secara berjemaah, memberi sedekah kepada orang-orang yang kurang bernasib baik dan lain-lain lagi.

[Petikan khutbah Jumaat di Pusat Islam Sultan Mahmud UMT pada 31 Mac 2017]

Sumber : Sinar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.