Hin.a Nabi Muhammad : Polis Akhirnya Berjaya Menahan Pemilik FB Antonio Jr

Posted on

Polis menahan pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseks4an (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan).

“Siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau apa-apa rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk prov0kasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman, sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Tiga individu ditahan pada Selasa dan seorang lagi masih diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghin4 Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah .

Sehingga semalam, polis menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan membuka 16 kertas siasatan bersabit kes penghin4an agama Islam.

Pemilik akaun Facebook yang didaftarkan di atas nama Danny A’antonio Jr dilaporkan telah membuat satu hantaran di laman Facebook dengan tujuan penghin4an ke atas agama Islam. Selain menjadikan isteri baginda , Saidatina Aisyah sebagai sasaran; pemuda yang didakwa berasal dari Sarawak itu juga turut mengec4m Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Posting yang dibuat pada 9 Januari 2019 tersebut juga mendapat bant4han daripada orang ramai yang menganggap sebagai prov0kasi murahan yang mampu mengganggu gugat ketenteraman awam.

Sumber – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.