Coretan Mufti WP, Dr Zulbakri buat ‘anak Syurga’ Allahyarham adik Nur Aisyah Aleya…

Posted on

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ ب>ِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah al-A’raf: 179)

Tidak ada perasaan yang dapat kami gambarkan apabila terbaca traged1 yang menimpa anakanda Nur Aisyah Aleya Abdullah. Ianya terlalu trag1s dan kej@m. Tindakan yang dilakukan adalah di luar kewarasan akal seorang insan. Malah, jauh lebih h1na daripada haiwan.

Apa d0sa si anak kecil sehingga diperlakukan sedemikian rupa?! Apa jua perlakuan mereka yang dewasa, usah sama sekali libatkan jiwa yang tidak tahu apa-apa. Kami berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab dengan segera supaya yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan.

Moga inilah kali pertama dan terakhir kita membaca laporan yang amat merenggut naluri keinsanan ini di dada akhbar.

Kami berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah kuatkan kaum keluarga anakanda Nur Aisyah di samping peristiwa seperti ini menjadi dan memberi banyak iktibar dan pengajaran kepada kita.

Dari ‘Aisyah Ummul Mu’minin dia berkata; ‘Suatu ketika seorang bayi meninggal, maka aku katakan;

طُوبَى لَهُ عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَ لَا تَدْرِينَ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْجَنَّةَ وَخَلَقَ النَّارَ فَخَلَقَ لِهَذِهِ أَهْلًا وَلِهَذِهِ أَهْلً

“Beruntunglah dia, apakah dia akan menjadi pipit dari pipit-pipit syurga? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak tahukah kamu bahawa Allah telah menciptakan syurga serta menciptakan penghuninya, dan menciptakan neraka serta menciptakan penghuninya.” (Riwayat Muslim).

Kata Imam al-Nawawi: “Telah bersepakat para ulama Islam yang diambil kira perkataan mereka bahawa sesiapa yang mat1 dalam kalangan kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk dalam kalangan ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 16/207)

Takziah buat sanak saudara dan kaum keluarganya. Semoga syurga nan indah menanti anakanda Nur Aisyah Aleya Abdullah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuknya.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْها فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْها، وَشَفِيْعًا مُجَابًا. اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِها مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِها أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْها بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْها فِيْ كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِها بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيْمِ،

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

sumber; Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.