Semarang (Indonesia): Kerana kecewa selepas kekasihnya berlaku curang (selingkuh) , seorang lelaki bertindak menyewa papan iklan bilboard yang di pasang di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini bagi memaklumkan dia memutuskan hubungannya dengan wanita itu.
Merdeka.Com melaporkan, papan iklan itu turut memaparkan wajah kekasihnya dengan mesej “Risna Rahmatika. Kamu sudah kecewakan aku, kamu sudah selingkuhin (curangi) aku. Aku mahu putus”.
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga dilihat berdiri di tepi persimpangan jalan berkenaan dan menceritakan mengenai hubungannya dengan wanita berkenaan menggunakan pembesar suara.
Menurut laporan berkenaan, wanita itu yang mendapat tahu mengenai tindakan kekasihnya itu segera ke persimpangan jalan berkenaan dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka.
Beberapa video yang dirakam pengguna jalan raya menunjukkan wanita itu memarahi dan mengarahkan lelaki berkenaan segera menurunkan iklan itu. (Lihat Video Di BAWAH)
Video berkenaan segera tular di media sosial di Indonesia dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna.
“Bercinta memerlukan belanja yang banyak dan mahu putus juga memerlukan belanja yang besar,” kata seorang pengguna.
REAKSI ORANG RAMAI
Pelbagai reaksi yang diberikan orang ramai sama ada netizen dan warga yang lalu lalang di sekitar jalan raya tersebut. Ada yang tak bersetuju dengan langkah lelaki tersebut kerana menganggap seolah-olah telah memalukan teman wanita nya. Bagi kebanyakan mereka cukup sekadar perkara tersebut diselesaikan secara tertutup dan dalaman tanpa mendedahkan di khalayak.
Namun begitu, ada juga warganet yang memuji dan teruja langkah lelaki tersebut. Menganggap tindakan tersebut sebagai di luar kebiasaan, warganet menganggap satu idea yang kreatif disamping untuk memberi pengajaran kepada wanita-wanita yang sesuka hati dan tergamak memainkan perasaan lelaki disamping tidak serius dalam perhubungan.
(VIDEO) BERIKUT ADALAH AKSI YANG SEMPAT DIRAKAM DI HADAPAN BILBOARD TERSEBUT