(VIDEO) Pickup Line Romantis Power Jep Sepahtu Pada Azar Azmi dan Mira Filzah

Posted on

Ayat pick-up line macam yang selalu artis-artis atau pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega guna tu sweet sebenarnya lagi-lagi budak-budak Sepahtu si Jep, Shuib, dan si Rahim tu. Ada je idea diorang ni nak buat lawak. Walaupun sekadar untuk melawak dan suka-suka, tapi terselit unsur-unsur romantis

Lagi-lagi si Jep tu memang panjang akal dan cepat je tangkap keadaan sekeliling dia. Kadang-kadang apa yang si Jep tu cakap kita tak pernah terfikir pun. Spontan plak tu.

Meh try ayat pick-up line ni kat pasangan korang atau korang ubah la sikit. Mesti best nanti. Tak ada la bosan sangat rumahtangga korang tu atau pun kalau yang dah bertunang tu boleh je gunakan ayat pick-up line yang ke dua tu untuk bergurau.

Pick Up Line 1

Suami: Sayang, kipas ni nombor berapa ye?
Isteri: Kenapa, sejuk sangat ke?
Suami: Aah.
Isteri: Entah la abg, tak tau la kipas ni nombor berapa, yg sayang tau abang nombor satu di hati sayang. Hahahahaha…
Suami: Cia cia cia cia (sambil tergelak)

Pick Up Line 2

Isteri: Abang, abang ni memang seorang pemandu yg berjaya ke?
Suami: Ha? (Blur sekejap)
Isteri: Sebab abang da berjaya membawa cinta sayang kat dalam hati abang.

Hahaha…

Chia-Chia-Chia. Perkataan yang trending sekarang. Ia digunakan bagi menggantikan perkataan Ha-Ha-Ha, dan tentunya dipopularkan oleh kumpulan lawak Sepahtu. Jom lihat Ayat Pickup Line dan Mengorat Paling Popular.. Agak-agak boleh cair tak hati perempuan? Chia chia chia!

Pick Up Line 3

“Start daripada hari ini saya nak jadi petani”
“Kenapa nak jadi petani?”
“Supaya setiap saat saya boleh menanam cinta di hati awak”

Pickup Line 4

“Pilih kiri atau yang kanan?” (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
“Hmm.. kanan”
“Kenapa tak pilih dua-duanya? Sebab ini juga kan milik awak”

Pickup Line 5

“Awak tahu tak KLCC?” “ Ya, Tahu”
“Awak tahu Zoo Negara?” “Ya, Tahu”
“Satu benda yang awak tak tahu”
“Apa dia?”
“Saya sayang gile kat awak”
Chia chia chia!

Pickup Line 6

“Tahu tak, sampai sekarang saya masih tak boleh membaca” “Tak boleh Baca apa?”
“Baca isi hati awak” Chia chia chia!

Pickup Line 7

“Boleh tak saya nak ambik gambar awak?” “Nak Buat apa?”
“Nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari syurga sebenarnya memang wujud”
Chia chia chia!

Antara yang Power bagi Pickup Line dalam kalangan Kumpulan Sepahtu ialah Jep . Selain daripada ayat yang kreatif dan lucu, terselit juga unsur-unsur romantis. Ini dapat dilihat pada setiap kali rancangan-rancangan Sepahtu Reunion khususnya sewaktu ada babak dengan artis-artis jemputan wanita.
Sebagai contoh ialah babak Sepahtu Reunion 2019 Episod 7 dimana Jep yang memegang watak Mail memberi ayat-ayat cintan kepada Azar Azmi sehingga buat ramai ketawa. Satu lagi babak yang menarik ialah Sewaktu Rancangan Sepahtu Reunion 2019 Episod 3 antara Jep Sepahtu dan Mira Filzah. Jom tengok Video Di Bawah

(VIDEO) Cair Azar Azmi Bila Jep Bagi Pickup Line Power

(VIDEO) Pickup Power Jep Sepahtu Kepada Mira Filzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.