Peguam Latheefa Koya menggesa dilakukan semakan semula terhadap hukuman penjara 10 tahun yang disabitkan terhadap pemilik akaun media sosial hari ini kerana mengh1na Islam dan rasulullah.
Beliau berkata hukuman itu yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak hari ini ‘tidak seimbang dengan kesalahan’ dan boleh ditanggapi sebagai melanggar kedaulatan undang-undang.
” Shocking & unprecedented that d crt passed sentence of 10 yrs jail over an offence like this. He hs pleaded guilty, whch shld hv bn taken into acct.10yrs consecutively is disproportionate & must b reviewed. This breaches d rule of law #ruleoflawnotmobrule”, tweet beliau
” Terkejut dan tidak pernah terjadi mahkamah menjatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara terhadap kesalahan sebegini.
” Dia (yang disabitkan pertuduhan itu) telah mengaku bersalah, (suatu hal) yang perlu diambil kita. Sepuluh tahun berturut-turut tidak seimbang dan perlu disemak semula.
” Ini melanggar kedaulatan undang-undang,” kata pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu pada ciapan di Twitter hari ini.
Latheefa mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun hari ini yang memaklumkan mengenai sabitan hukuman berkenaan.
Fuzi berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk pengh1naan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
” Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.
” Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Komen netizen memang win
Sementara itu, tweet Latheefa telah mendapat reaksi balas dari netizen pelbagai kaum. Apa yang menarik komen-komen netizen memang ‘win’ .
” Kalau zaman Rasulullah saw dah lama kena pancung. 10 tahun tu kira ringan sangat Kalau h1na agama Islam dan Nab1..”
” Sepatutnya gant0ng terus..nasib la duk malaysia..( sambil membandingkan hukuman yang dilaksanakan di Arab Saudi)..”
” Not to forget Mak Minah during the May 13th, 1969…”
” You want to rewrite the history book, start by adding the May 13th incident…”
” Betul. Kalau tempat lain dah hukum bun0h. Ini pengajaran. Agama, rasulullah AlQuran jangan dipersenda. Melayu dih1na ok lagi. Sabar…”
” Agree. He should been given 20 yrs instead..”
Apa yang mencuri tumpuan juga adalah netizen berbangsa India turut bersikap terbuka dengan menyatakan sokongan terhadap hukuman penjara 10 tahun tersebut yang disifatkan setimpal demi membasmi suasana tidak harmoni di antara semua kaum.
Sebab suasana tak harmoni
Menurutnya turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.
“ Tertuduh tidak mengaku salah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019,” katanya.
Beliau berkata pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ pula dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM serta mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April.
Dalam pada itu, katanya pemilik akaun Facebook ‘YAZID KONG’ yang dituduh di mahkamah sama mengaku salah dan pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini.
Seksyen 298A KK merupakan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.
Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain manakala Seksyen 233 AKMM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.
Unit pemantau Jakim
Terdahulu, pada 7 Mac lalu, Menteri Hal Ehwal Agama Mujahid Yusof Rawa mengumumkan pembentukan unit khas untuk memantau kes-kes pengh1naan terhadap rasulullah dan Islam.
Katanya penubuhan unit itu diselia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengawasi semua media termasuk media sosial.
“ Saya juga sudah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan pengh1naan rasulullah dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis serta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“ Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada aduan@islam.gov.my,” katanya.
Penubuhan unit khas itu selepas penangkapan suspek mengh1na Islam di dalam talian dengan polis membuka kertas siasatan terhadap 16 kes daripada 929 laporan polis yang dibuat di seluruh negara.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : malaysiakini