” Duit lain aku nak pakai juga… isi minyak kereta, beli r0k0k..’
Sebenarnya kita selalu mendengar kisah rumahtangga yang kadang-kadang memang menguji kesabaran kita. Kisah sebelum berkahwin, Kisah selepas berkahwin, kisah bercer4i, dan bermacam-macam lagi kisah yang tidak kita sangka.
Tetapi sebenarnya begitulah asam garam dalam hidup berumahtangga. Jika kita pandai melayarinya maka kita berjaya sampai ke hujung dan andai kata kita tidak pandai mengikut angin maka kita akan kecund4ng di tengah jalan.
Di sini kami kongsikan sebuah kisah tentang seorang lelaki yang mempunyai dua orang isteri. Kisahnya ini kalau di baca sememangnya boleh membuatkan sesiapa sahaja ger4m dengannya. Tetapi sebenarnya boleh di ambil sebagai pengajaran untuk lelaki di luar sana.
Mari kita baca kisahnya di bawah ini
Salam Admin,
ISTERI aku memang mempunyai gaji yang lebih besar sebab dia ada ijazah. Aku hanya setakat SPM sahaja. Tetapi isteri aku ini sememangnya mengharapkan sangat pada duit aku. Sepatutnya aku dah bayar rumah memadailah.
Dah kereta aku RM500 sebulan aku kena bayar. Takkan kereta dia aku nak bayar. Dia sendiri yang pakai pergi kerja. Makan dia pun takkan tak boleh beli sendiri. Aku pun nak pakai duit juga!
Bila aku cakap takde duit, dia cakap duit semua aku bagi isteri muda. Sedangkan isteri muda, aku bagi cuma RM300 sahaja sebulan. Duit lain aku nak pakai juga. Isi minyak kereta, beli r0k0k, dan macam-macam lagi. Dah tu sikit-sikit minta cer4i. Aku tanya dia, Nak sangat ke jadi penghuni ner4ka.
Memanglah aku kahwin dua tu sebab mula-mula tu aku mampu. Iyalah hidup ni kan selamanya tak indah. Lepas isteri nombor dua aku tu dapat anak baru aku terasa beb4n dia.
Tapi tak boleh nak salahkan aku sahaja. Dia jugak yang sanggup mula-mula tu. Sekarang nak bising kenapa pulak?
Aku ni mal4s nak bising-bising depan anak tapi kalau dah melamp4u tak tahan jugak. Mentang-mentang isteri nombor dua aku tu tak kerja, dia pulak bergaji besar. Bukan main belag4k lagi.
Sepatutnya dia fahamlah, aku dah bagi sedikit gaji aku kat isteri aku, lepas tu nak kena bagi kat dia lagi. Sebenarnya aku rasa isteri aku ni macam dengki kat madu dia.
Aku bukan nak ungkit tapi sepatutnya dia pahamlah situasi sekarang. Takkanlah aku nak cer4ikan isteri muda aku tu. Anak kecil lagi. Dengan dia lagi lah aku tak nak cer4i.
Perempuan kat luar sana paham-pahamlah kalau suami kahwin dua tu. Walaupun korang gaji besar ingat sikit syurga korang kat mane…
Sekarang ni aku biar je dia nak bising-bising. Selagi anak-anak cukup makan pakai sekolah semua aku dah tak kesah. Isteri muda aku pun aku tak bagi beli barang makeup mahal-mahal sangat. Baru-baru ni dia ajak aku bercuti kat langkawi pun aku cakap taknak. Sebab memang situasi sekarang aku kena berjimat sikit.
Aku nak nasihatkan sekali lagi kepada perempuan kat luar sana, janganlah sebab anda bergaji besar, korang boleh belag4k macam-macam kat suami korang, itu je. Terima Kasih Admin.
BEGITULAH tulisan yang disampaikan oleh lelaki tersebut. Bagaimana pula pendapat anda semua, boleh terima atau tidak kata-katanya itu.
Sebenarnya semuanya bermula dari niat kita. Jika segala niat kita baik, maka segalanya selepas itu akan bermula baik. Jika dari awal lagi kita tidak berniat baik, maka tunggulah detik kejat0han.
Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat
Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media
Sumber asal : KRT