Perkongsian kali ini merupakan sebuah kisah yang pernah viral suatu ketika dahulu. Oleh kerana ceritanya sarat dengan pengajaran, rasanya tidak salah untuk dikongsikan semula dengan niat untuk membuka mata masyarakat kita
Tiada siapa yang boleh menyangkal kasih sayang seorang ibu dan bapa terhadap anak mereka. Seburuk dan sejahat manapun anak itu, seorang ibu bapa yang baik akan lakukan apa saja demi kebahagiaan anak.
Namun bagaimana pula dengan anak? Pernahkah merasa terkesan walau sedikit dengan pengorbanan ibu dan ayah? Menerusi perkongsian Alhadi Runner di laman Facebook, dia telah bertemu dengan pasangan warga emas di mahkamah dengan masalah yang berat menimpa anak mereka.
Dia memulakan bicara:
“ Seawal pagi ambe (saya) dah terpacak depan Kompleks Mahkamah Tinggi untuk selesaikan beberapa urusan. Dari awal ambe nampak sepasang orang tua macam tak tahu arah nak tuju.
“ Disebabkan ambe nak cepat, ambe biarkan saja. Sampai pukul 9.30 pagi urusan dah selesai terus ambe keluar dari Kompleks Mahkamah ke tempat parking.”
Namun Hadi tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan pasangan tersebut setelah sejam menyelesaikan urusannya di situ.
“ Rupanya dah sejam lebih masih ada pasangan tua tu duduk dekat luar dengan muka sedih. Ambe senyum je sambil sarung helmet. Tetiba dia panggil.”
Pasangan tersebut menyatakan masalah mereka. Mereka meminta bantuan Hadi untuk mengisi satu borang jaminan kerana kedua-dua makcik dan pakcik tersebut tidak pandai menulis.
Datang naik bas, namun tiada yang sudi bantu
Lebih menyedihkan mereka datang dari jauh ke situ dengan menaiki bas, namun tiada seorang pun yang sudi membantu. Alahai…
“ Kasihan pulak tengok keadaan dia sebab datang dari jauh naik bas tapi tak ada siapa pun nak tolong. Dah beberapa orang pasangan ini minta tolong tuliskan tapi tak ada siapa yang sudi melayan termasuk pengawal keselamatan yang bertugas dan staf mahkamah.”
Disebabkan dia perlu mengisi borang jaminan tersebut, Hadi terpaksalah mengambil tahu sedikit sebanyak masalah pasangan tersebut dengan tertuduh yang ingin diikat jamin.
Rupanya anaknya sudah 5 kali kena tahan
“ Bermulalah kisah dia berkenaan anaknya yang terlibat kes dad4h yang kali kelima kena tahan. Makcik ini kerja pembantu kedai makan saja, manakala pakcik itu pula umur sudah nak 60-an dan tidak larat nak bekerja.
“ Kasihan, mana nak cekau duit jamin anak,” ceritanya.
Namun pasangan warga emas ini sanggup juga tebalkan muka demi membebaskan anak mereka dari penjara.
“ Buruk-buruk anaknya pun walau tak berharta sanggup dia tebalkan muka usaha dapatkan sejumlah wang jaminan untuk anaknya. Bukan kecil nilai tu. Ribu-riban sebab kes sama dah berkali ulang.
“ Sayang betul anak muda baru umur 24 tahun sudah beberapa kali keluar masuk kes dad4h. Orang tua ini cakap dari kecil dia beri semua yang dia ada supaya anaknya cerdik pandai. Tak nak jadi seperti dia tak bersekolah.
“ Tapi bila dah besar jadi pandai menipu. Habis semua barang kemas makcik ini bergadai untuk urus kes dia. Hutang dengan orang sekeliling jangan cakaplah,” kata Hadi.
Posting Hadi mengenai pasangan warga tua itu telah mendapat pujian dari netizen yang rata-rata berbangga dengan tindakan lelaki yang menjalankan khidmat penghantaran barang ini.
Sayangilah ibu bapa anda dan hargailah pengorbanan mereka. Tak ternilai tau kasih sayang mereka tu!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : lobakmerah