Seperti sedia maklum kerajaan telah melaksanakan Perintah Pengawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.
Namun, perintah yang meminta semua rakyat untuk berada di rumah masing-masing selama dua minggu sehingga 31 Mac ini, nampaknya masih belum dipatuhi oleh segelintir rakyat.
Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, masih terdapat individu yang berkumpul di luar malahan penjaja masih membuka gerai seperti tiada apa yang berlaku.
Oleh itu, pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan telah mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan pada Ahad bagi membantu pihak polis agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan.
Menerusi tinjauan di Twitter, beberapa perkongsian video tular mendakwa tentera sudah mula ‘turun’ menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.
Kandungan
Bermulalah tugas tentera
Maka bermulalah tugas Tentera untuk membantu PDRM.
Orang ramai jangan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. pic.twitter.com/WdKK6tl9l7
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) March 21, 2020
‘Abang celoreng’ sudah keluar
Bagi puak2 yang kepala batu sangat tu tak reti nak duduk kat rumah ..Ni abang Celoreng Sudah Keluar 🧟♂️🧟♂️ pic.twitter.com/g8ruXtN3ds
— Mr. Doulz (@Syarif_Safwan) March 21, 2020
Ipoh?
Konvoi tentera semalam di Ipoh.
Kredit: Abu Hensem Ipoh pic.twitter.com/li0U5CeYyz
— Shafiq (@shfqhlmi) March 20, 2020
Pulau Pinang?
Satu lagi konvoi tentera di Pulau Pinang mungkin.
Sumber: Whatsapp Kampung Kalut pic.twitter.com/lcpGnaDIqm
— Shafiq (@shfqhlmi) March 20, 2020
Jangan berdegil keluar
Please stay at home! Jangan berdegil nak keluar lagi. Lokasi : Prima Gombak!! pic.twitter.com/CNDFY1FziH
— minalias (@ysmynmyn) March 21, 2020
Bila tentera turun padang
Bila pihak tentera dah turun padang 😌 jangan jadi pencabar wahai rakyat malaysia 😌 duduk di rumah makan kuaci😌 #StayAtHome #COVID19 pic.twitter.com/WuVjQyJAnr
— Pikang (@ShafiqahFayra) March 20, 2020
Moga semua rakyat dapat bekerjasama dengan pihak polis dan tentera untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu.
Pematuhan ini penting demi keselamatan rakyat dan negara daripada wabak Covid-19 yang semakin serius.
Sumber: Twitter