Menerusi Instagram baru-baru ini, pelakon Abby Abadi ada berkongsikan fotonya di sebuah klinik serta memberitahu dia membuat imbasan seperti memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil pada usia 42 tahun.
Turut meluahkan rasa syukur, bagaimanapun, Abby berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum kerana masih terlalu awal.
“Suami bawak saya pergi buat imbasan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi.
“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah serta membuat andaian bahawa pelakon itu kini sedang berbadan dua.
Pada 2017, Abby mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.