Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya terkenal dengat sifat sopan dan merendah diri dalam menyantuni rakyat.
Al-Sultan Abdullah sering kali tampil mencemar duli turun mendekati rakyat bertanyakan khabar serta membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama di negeri Pahang.
Beberapa kali juga Al Sultan dan permaisuri selamba singgah makan di gerai tepi jalan tanpa sebarang protokol.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Istana Negara, baginda Al Sultan dengan bersahaja makan di sebuah kedai makan.
” KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika berangkat menyantuni golongan asnaf dan golongan kelainan upaya di Daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
” Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bersempena Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih, anjuran bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
” Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencerminkan keperibadian tinggi menyantuni golongan asnaf dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.
” Daulat Tuanku.” tulis Istana_negara
Pekerja dan pelanggan terkejut nampak Tuanku
Sementara itu, pekerja dan pelanggan di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang di sini dikejutkan dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli bersantap di kedai itu hari ini.
Seri Paduka dikatakan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih Ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi di sini namun baginda berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan dengan mengenepikan protokol.
Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram istana negara 30 minit lalu juga memaparkan beberapa gambar Seri Paduka bersantap sendirian, namun kelihatan juga beberapa pelanggan yang turut berada di kedai terbabit.
Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi Istana Negara itu ialah tiga orang lelaki yang sedang menikmati hidangan dengan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Aksi baginda yang santai dan bersahaja itu telah mengundang reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji, dan menyifatkan baginda seorang raja berjiwa rakyat.
Tiga keping foto yang dikongsikan itu telah mendapat lebih 38,000 tanda suka selepas beberapa jam disiarkan.
Pengguna Instagram @rohani_abdullah menulis “berjiwa rakyat” dalam kirimannya di ruangan komen manakala @hamidahcemari pula menulis “Terharu ada pemimpin yang berjiwa rakyat.
Seorang lagi menggunakan nama @janetteyip pula menulis “Wish I am there to meet and pay for his lunch as a small token of appreciation for being such a caring YDPA toward us rakyat”. (saya teringin berada di sana untuk bertemu dan ‘belanja’ santapan tengah hari baginda sebagai tanda penghargaan kepada baginda kerana menjadi Yang di-Pertuan Agong yang penyayang rakyat).
Aksi bersahaja baginda menarik perhatian rakyat dan netizen juga menyifatkan baginda seorang Tuanku berjiwa rakyat.
Antaranya dari pengguna Instagram dikenali Fazlizainul berkata, “Tuanku seorang berjiwa besar.”
Begitu juga dengan pengguna Instagram, Redza80, “Ini la dia Raja berjiwa rakyat, boleh makan di mana-mana sahaja.”
Kata Shari, “Tuanku memang sempoi, moga Allah lindungi tuanku n keluarga dari segala bala, musibah.. Aamiin kami rakyat Pahang sayang selamanya tuanku skluarga.. Aamiin.”
sumber : Asiakini & BERNAMA