Ahli majlis daerah Kuala Krai mengaku tidak bersalah rogol pekerja

Posted on

Seorang ahli majlis daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Ahad atas pertuduhan merogol pekerjanya pada 29 Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Jaya Murugan Abdullah, 47, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun di sebuah kedai dobi di Kuala Krai pada jam 2 petang.

Tertuduh yang juga seorang peniaga, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, yang mencadangkan RM30,000 sebagai ikat jamin tertuduh bersama beberapa syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sementara itu, peguambela tertuduh, Ariff Azami Hussein, memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada anak guamnya berikutan tugasnya sebagai ketua komuniti India dan sudah 15 tahun dilantik sebagai ahli majlis.

Azami turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh perlu menanggung 12 anak selain merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin warga tempatan selain perlu melaporkan diri di balai polis terdekat sekali dalam tempoh dua bulan.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗠𝗣𝗔𝗛, 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦, 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗥𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 & 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗕𝗜𝗟. 𝟬𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟱.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.