Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan air minuman jenama Starfresh dari Malaysia ditarik balik daripada pasaran selepas bakteria ditemui dalam sampel minuman tersebut.
Laporan SFA mendedahkan bakteria Pseudomona aeruginosa dikesan dalam sampel produk itu yang diimport dari Malaysia.
Untuk pengetahuan anda Pseudomona aeruginosa adalah bakteria yang didapati dalam najis, tanah, air dan sisa kumbahan.
BACA :Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Air Secara Atas Talian (Online)
Produk yang ditarik balik adalah air minuman 1.5 liter (luput 13 Mei 2021) dan minuman 500ml (luput 11 Mei 2021).
Penggunaan produk yang tercemar dengan bakteria itu boleh menyebabkan pelbagai jangkitan, bagaimanapun ia jarang mengakibatkan penyakit serius terhadap individu sihat.
Dalam pada itu, pengguna yang telah membeli produk berkenaan dinasihatkan untuk tidak menggunakannya.