Air Sikit Lagi Nak MeIimpah Tapi Makcik Ini Taknak Pindah. SehinggaIah Anggota APM Datang

Posted on

” Terbaik lah angkatan pertahanan awam. Mungkin ada sebab kenapa makcik tu sebolehnya taknak tinggalkan rumah dia”

Itu antara komen warganet apabila seorang penduduk enggan pindah walaupun laluan utama ke kediamannya di Kampung Jeram Hilir, Kuala Nerus, dinaiki air sehingga 0.6 meter, hari ini.

Situasi berlaku apabila wanita warga emas, Rafiah Sulong, 73, yang tinggal sebatang kara di rumah di lokasi terbabit enggan berpindah sehingga terpaksa dipujuk pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bagaimanapun, selepas hampir 30 minit dipujuk dengan mendapat kerjasama saudara tinggal berdekatan, warga emas terbabit akhirnya bersetuju untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong.

Tindakan terbabit dilakukan APM berikutan bimbang keselamatan wanita terbabit apabila paras air Sungai Nerus semakin meningkat hingga melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

Malah, terdapat laluan di sekitar kawasan kampung terbabit turut dinaiki air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

Warga emas yang tinggal sendirian di kediaman berkenaan selepas kem4tian suami pada tahun lalu dibawa APM ke PPS terbabit pada 4 petang, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PPS SK Bukit Guntong, Azli Wan Long berkata, sehingga kini terdapat 50 mgsa ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka bermula 10.30 pagi hari ini.

Katanya, daripada jumlah terbabit terdapat sembilan warga emas, seorang lelaki orang kurang upaya (0KU) dan seorang bayi perempuan.

” Semua mgsa dipindahkan ke PPS ini membabitkan penduduk dari Kampung Jeram Hilir, Kampung Bukit Nangka dan Kampung Pulau Gelugor yang tinggal berdekatan Sungai Nerus.

” Kami nasihatkan penduduk supaya mengambil tindakan segera untuk berpindah ke PPS sekiranya berlaku b4njir di kawasan kediaman mereka.

” Kami akan melakukan pemantauan di setiap kediaman dinaiki air bagi memastikan penghuni dipindahkan ke kawasan selamat sekiranya paras air semakin meningkat,” katanya.

Gambar- Muhammad Ridwan Mustafa, 27, membawa barang selepas kediamannya, di Kampung Jeram Hilir, Kuala Nerus dinaiki air

Berdasarkan laman sesawang forecast.water.gov.my, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu merekod bacaan 22.11m melepasi paras bah4ya 21m, Sungai Chalok di Jambatan Chalok setinggi 8.46m (8.40m) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri setinggi 9.10m (8.80m)

Mala di Terengganu sahaja jumlah mgsa b4njir meningkat kepada 5,935 orang daripada 1,796 keluarga di 126 PPS pada tengah hari ini berbanding 5,807 orang (1,719 keluarga) di 121 PPS pagi tadi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.